Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Friday, April 15, 2005
Cahaya

Sudah setahun lebih peristiwa itu berlaku. Selama setahun lebih itulah aku tabah dan pasrah. Aku hanya menjalani kehidupan seperti biasa. Ada yang datang dan pergi. Ada yang kecewa dan mengecewakan. Ada yang singgah sekejap. Dan lain-lain.

Akhirnya, satu cahaya datang tanpa diduga. Entah dari mana ia datang. Membuatkan aku tertanya-tanya sepanjang masa. Dalam pada masa yang sama, aku gembira. Tidak pernah rasa gembira sebegitu sejak setahun lebih yang lepas. Semakin lama, cahaya itu semakin menyinari hidup aku. Walaupun aku cuba berselindung, tetapi tidak berjaya. Cahaya itu terlalu terang tetapi menenangkan hati. Aku redha. Aku membiarkan sahaja cahaya itu mengelilingi aku. Cahaya itu seolah-olah memberikan aku kekuatan dan semangat. Sudah lama aku tidak rasakan sebegitu.

Setiap hari cahaya itu menerangi hidupku. Aku tidak tahu bagaimanakah caranya untuk membiarkan cahaya rahmat itu menerangi hidupku untuk selamanya. Cahaya itu sungguh berharga. Lantas, aku telah mengusahakan sesuatu. Usaha yang tidak terfikir untuk aku lakukan. Lain daripada yang lain. Namun, ianya masih samar. Adakah usaha kecil aku telah menghasilkan sesuatu? Mungkin ya atau mungkin tidak. Walaupun begitu, aku hanya menunggu "respon" sambil berusaha untuk mendapatkan cahaya yang indah itu walaupun peluang itu masih samar-samar. Aku tahu, ianya akan mengambil masa yang lama. Bagi aku, sesuatu yang baik akan menanti jika aku bersabar. InsyaAllah, cahaya yang aku idamkan itu akan membawa penuh erti dalam hidup aku. Amin.

Dalam dunia ni tiada yang senang. Setiap apa yang hendak kita lakukan, harus diiringi dengan usaha. Kalau tiada usaha, apa yang kita nak takkan jadi. Tetapi, usaha harus diiringi dengan kecekalan dan kesabaran. Allah SWT takkan mengubah nasib seseorang itu jikalau seseorang itu tidak mahu mengubah nasibnya sendiri. Itulah yang aku ingat selalu.


### - A moment like this, some people wait a lifetime, for a moment like this, some people search forever.

Posted at 12:33 am by irwandy
(11) Comments  

Thursday, April 14, 2005
Pening & Panadol

Sejak petang semalam, telinga aku berdenyut-denyut pastu pening sebelah kepala. Aku tatau apsal. Aku pun risau gak. Pastu malam semalam, makin berdenyut kepala nih. Sebelah je plak tuh. Takkan migrain kot? Then, aku telan panadol sebijik. Tak lega-lega gak. On the way back semalam pun, makin pening. Pagi ni pun makin berdenyut kepala nih!..hishhh...

Bila bercakap tentang panadol, aku teringat satu peristiwa yang berlaku dulu. Masa tu mak aku suruh aku beli panadol sebab pening aku makin teruk. Lagipun dia pun pening gak. So, aku dgn blur nya gi la kedai beli panadol. Aku main amik je tak pk byk sbb pening. Sampai rumah, aku kasi mak aku. Aku suh dia makan dulu. Tetiba mak aku bersuara...

Mak : laaaa...ni apehal beli Panadol Menstrual nih???
Me : ehhh...laa...ye ke???...aduhhhh...
Mak : takkan takleh bezakan kot?...
Me : ntah la mak...blur time tu...main amik je. Orang kedai tu pun tak tegur pape...
Mak : dah...gi beli panadol biasa punya...

Ishhh..malu gile woo. Camne tah bleh teramik Panadol Menstrual tu. hahaha...Nasib baik sedar sebelum telan, kalau dah telan?...Rasa2nya, ada effect kat lelaki tak?..hehe... :p

### - Makin pening dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi...

Posted at 09:54 am by irwandy
(10) Comments  

Wednesday, April 13, 2005
To See You...

To see you right thru your eyes, is like seeing a shiny diamond.
To see you happy, is like winning a big lottery.
But most of all, to be with you is a precious moment in my life.


### - Pergghhh...adakah aku yang menulis ini?...haha...saje tade keje...jgn ingat pape!

Posted at 10:23 am by irwandy
(3) Comments  

Tuesday, April 12, 2005
Duit Hantaran

RM7777?? RM9999??? RM11111??? RM6666???...Skang nih dah jadi trend camni plak utk duit hantaran. Aku pun suka sebenarnya tapi mampukah aku? Hahaha...Anyway, duit hantaran tu utk ape sebenarnya eh? Mengikut kefahaman aku, duit hantaran itu merupakan jumlah duit yang dihantar untuk pihak perempuan berbelanja utk persediaan perkahwinan. Ada juga mereka yang menggunakan duit itu utk kenduri kahwin. Ada juga yang mengasingkannya. Hantaran lain, kenduri kahwin lain. Mungkin ini semua mengikut kehendak individu serta negeri masing-masing.

Mengikut pertanyaan apai semalam, sekiranya pihak lelaki masuk meminang dan pihak perempuan pula tidak menyatakan jumlah duit hantaran yang perlu diberi oleh pihak lelaki sebaliknya pihak perempuan itu menyerahkan keputusan mengenai duit hantaran itu kepada tuan empunya badan yang nak kahwin, rasa-rasanya...apa akan jadi eh? Masihkah ada lagi keluarga pihak perempuan yang tidak meletakkan harga untuk anak perempuannya? Hehehe...Best jugak camni ye?

Bagi aku, kalau aku dalam situasi sebegitu, seelok-eloknya aku akan berbincang sesama dua belah pihak. Berterus terang dan berfikir secara logik. Tak logik kalau tak bagi duit hantaran langsung! At least kena la kasi something for appreciation. Kalau bukan utk bakal isteri, kasi la utk keluarga bakal isteri. Well, it depends on kemampuan masing-masing.

So, to all girls, kalau parents korang menyerahkan hal-hal duit hantaran ni kat korang, apa yg korang nak buat? Berapa nak letak ke ape ke?..hehe...jawabbb jawabbb...

### - Jangan ingat apa-apa eh...this is just a topic that appeared on my mind... :P

Posted at 10:55 am by irwandy
(28) Comments  

Monday, April 11, 2005
Mencari Sinar : Episod 14

...sambungan...


"Iya, aku Farah..." Rupanya Farah di talian!
"Aku dah agak. Apa mimpi kau call aku? Tak puas lagi nak sakitkan hati aku?" Andy melahirkan rasa tidak puas hati.

"Andy, aku hanya mahu bertanyakan khabar. Aku tak berniat nak sakitkan hati kau. Aku banyak terhutang budi dengan kau." Farah menjelaskan.

"Kau terhutang budi dengan aku? Aikkk? Bukannya kau yang bongkak sombong dengan aku dulu sampaikan kau deny apa yang aku dah buat untuk kau? Sampaikan hidup aku merana."

"I'm sorry Andy. Aku buat begitu semua semata-mata untuk kau menjauhkan diri dari aku. Aku terpaksa."

"Terpaksa? Pandailah kau cakap! Aku still ingat lagi Farah. Kau menengking aku, kau herdik aku, kau caci aku, kau banyak bersangka buruk terhadap aku. Aku ingat tu semua Farah. Itu yang kau kata terpaksa? Tak mungkin aku melupakan semua tu Farah. Akan aku ingat sampai bila-bila." Andy melepaskan geram.

"Andy, aku call ni bukan nak cari gaduh." Farah cuba menjelaskan.

"Habis?...ohh...aku tau. Selalunya kau akan call aku kalau ada tujuan untuk kepentingan kau sendiri. Aku dah masak dengan perangai kau la Farah. Bila kau susah, baru nak carik aku. Aku takkan biarkan diri aku dipergunakan lagi. Aku bantu kau dengan ikhlas. Tapi taik yang kau berikan kat aku. Aku tetap bersabar sampai sekarang. Dan aku taktau apesal aku sentiasa memaafkan kau."

"Andy, please...jangan la cakap camtu."

"Sudahlah Farah. Sekarang ni, aku dah tau semua kebenaran di sebalik tingkah laku baik kau. Aku dah tau segalanya tentang kau. Aku dah taknak dengar suara kau lagi. Aku taknak jumpa kau lagi. Tak payahlah kau nak call aku lagi camni. Aku dah lupakan kau. Biar semua tu jadi kenangan. Tentang terhutang budi tu, just anggap ia tak pernah terjadi. Aku ikhlas. Anggap aku tak pernah hadir dalam hidup kau. Boleh?" Andy menjelaskan.

"Hmmm..."

"Dah la Farah. Aku nak letak telefon. Akhir kata dari aku, tolong la berubah. Ok? Assalamualaikum!" Andy terus meletakkan telefon.

Andy geram kerana apabila Farah menelefon, dia akan mula mengingati kisah-kisah lama yang menyakitkan hatinya. Andy tidak berdendam tetapi hanya berasa geram. Geram kerana dia tidak dapat melupakan kisah pahitnya. Andy juga geram kerana disebabkan Farah, hidupnya menjadi lintang pukang tanpa arah. Andy semakin lama menjadi semakin malas. Tetapi kini, baru dia sedar siapa diri Farah yang sebenar. Ada sebab mengapa Farah berbuat baik pada Andy. Andy berasa amat bodoh!

Tetapi itu semua telah memberi seribu makna serta pengajaran terhadap Andy. Andy bersyukur kerana dia telah berjaya mengharungi dugaan-dugaan itu semua. Kini, Farah tiada lagi di hati Andy. Andy telah buang Farah sejauh-jauhnya. Andy ingin sekali membuang segala memori bersama Farah tetapi dia tahu itu tidak akan terjadi. Biarlah.

"Buat hilang mood aku je!" Andy merungut.


Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan, Andy ke KLCC untuk berjumpa dengan Nadia & Shah. Yang lain tidak dapat menghadirkan diri kerana ada komitmen masing-masing. Mereka bertiga menonton cerita "Love Actually", iaitu sebuah filem British yang mengisahkan tentang cinta dan sayang tidak kira sesiapa dengan siapa dan pada siapa. Cinta dan sayang itu untuk semua. Cinta terhadap keluarga, kawan-kawan, rakan-rakan dan lain-lain. Itulah kuasa cinta dan kasih sayang yang sejati!

Selepas menonton wayang...

"Aku lapar la...jom makan!" Shah mengomel.
"A'ah la..aku pun...Nadia, you lapar?" Andy bertanya
"Hmm..boleh la tahan, jom makan, tapi kat mana?" Nadia bersetuju.

"ermmm, ntah! Shah, kau nak makan kat mana?" Andy bertanya.
"Jom makan kat Burger King! Dah lama tak makan kat situ." Shah memberikan cadangan.
"Ok jom!" Nadia & Andy bersetuju.

Mereka bertiga pun menuju ke Burger King di aras "Concourse" Suria KLCC. Andy teringat kenangan-kenangan yang lepas di mana di situlah selalunya Andy membuat majlis reunion dengan rakan-rakan sekolah serta rakan-rakan internet. Sungguh meriah pada waktu itu. Andy berasa bangga kerana dia dapat menyatukan rakan-rakan yang sudah lama tidak bersua dan juga menemui rakan-rakan yang baru. Tetapi itu semua kenangan manis yang tidak dapat dilupakan setiap kali Andy mengunjungi Burger King di Suria KLCC.

Setelah membeli makanan masing-masing, mereka bertiga mencari tempat dan duduk berdekatan dengan pintu masuk.

"Ramai betul orang hari ni. Nak carik tempat pun payah. Nasib baik jumpa tempat duduk kosong." Andy merungut.
"Tu la pasal. Thanks to Shah sebab dia book kan tempat ni dulu dari tadi." Nadia memandang Shah.
"Ala...no problem. Thanks to Andy sebab belanja kita."
"Yeah, thanks eh Andy." Nadia memandang Andy.
"No problem. Sekali-sekala, apa salahnya." Andy menjawab.

Sedang mereka menikmati burger masing-masing, tiba-tiba Andy berhenti makan. Dia terpandang seseorang yang dia sangat kenali memasuki pintu masuk Burger King. Andy mengamati rupanya.

"Kenapa ni Andy?" Nadia bertanya.

Andy tidak menjawab dan terus memandang seseorang yang dia nampak tadi.

"Hahhh...memang sah dia!" Andy berkata di dalam hati.


...to be continued...

Posted at 01:15 am by irwandy
(10) Comments  

Next Page]