Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Monday, April 18, 2005
Report : Projek Basah 2.0, Kem Lambaian Danau

BEST! BEST! BEST! Itu yang aku dapat ungkapkan untuk projek basah anjuran Geng Jurnal pada kali ini. Pertama kali aku ke Kem Lambaian Danau yang terletak di Kg Sg Chinchin, Melaka(8km dari Jasin). Walaupun pada mulanya aku agak keberatan untuk pergi disebabkan keadaan kaki aku yang tak mengizinkan, aku kumpul segala kudrat yang ada untuk bersama mereka yang dah pergi ke sana.

Aku bertolak pada hari Jumaat berseorangan, 2pm dari rumah dan tiba di KLD pada pukul 3.45pm. Nasib baik jalan clear. Sampai je kat sana, ada dalam 10 orang yang dah sampai. Dan kemudian, satu demi satu peserta yang sampai. Kami menunggu untuk taklimat dari kem komandan KLD. Pada pukul 5pm, bermulalah aktiviti pertama iaitu Larian Berhalangan. Aku tak join diorang sbb kaki still injured. Tapi aku just ikut jalan shortcut untuk tgk diorang. Aku cukup gelihati dan seronok melihat para peserta.

Setelah habis aktiviti itu, kami semua mandi di tasik. Itulah yang kami semua tunggu-tunggu! Kali ni aku join sebab bukannya aktiviti lasak pun. Tetapi, pada waktu inilah kaki aku terkena paku di dalam air. Tak dalam sangat lukanya tapi darah keluar je memanjang. Pedih gile. Terkena kaki kanan lak tu. Kaki kiri dah la injured. Kaki kanan lak kena. Aduiii...tu la. Ramai orang cakap jangan pegi KLD sebab keadaan kaki aku tak mengizinkan. Tapi aku degil. hehe...takpe. At least bila aku tengok parut luka ni kemudian hari, aku tau ianya dari KLD. Suatu memori yang indah. :D

Pada malamnya, aktiviti ice breaking bermula. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kuning, Merah dan Hijau. Kami kena menamakan kumpulan kami dengan motto kumpulan serta "cheers". Aku berada di dalam kumpulan kuning. Nama kumpulan kitorang "MORROK". Best tak?..hehe...Aktiviti ice breaking tu dimenangi oleh kumpulan Morrok!...yeay!

Lepas ice breaking, kul 12am...ada aktiviti Night Walk. Aku tak join diorang jalan. Tapi aku naik jip kem komandan untuk join dgn facilitator utk jadi hantu. Hahaha...aku suka! Denai tu mmg gelap. Mula2 takut gak nak dok sengsorang. Pastu jadi biasa lak. Seorang demi seorang aku takutkan. Ada yang menjerit, ada yang sergah aku balik. Hahaha. Pastu dah habis, kami semua tido.

Hari Sabtu, pagi tu dimulakan dengan senaman & jogging. Pastu breakfast. Pastu acara berakit di mana setiap kumpulan harus membina rakit sendiri untuk berlumba keliling tasik sejauh 600 meter. Best gile! Walaupun tangan sengal2 dan sakit, tapi it was fun! Berbekalkan design yang bagus, kumpulan aku dapat lead 2 checkpoint pertama out of 4 checkpoints. Pastu kami kalah sebab dah letih. Dapat tempat ketiga out of 6.

Pastu lunch time. Petang tu plak ada wargame. Aku tak join. Bukan tanak join, tapi tak dpt nak join. Lepas wargame, aku shooting video diorang tgh mandi manda dari atas bot. Best! Pada sebelah malamnya pulak, ada BBQ. Sedap gile ikan patin fresh tuh! Nyummyyy...Lepas BBQ, ada sketsa utk setiap kumpulan. Hahahah..lawak gile semua. Lepas habis tu, aku kena balik KL sebab nak kena hantar family aku gi KLIA Ahad pagi. Diorang nak gi Las Vegas. Walaupun projek basah officially tamat pada tgh hari pada Ahad, tapi aku terpaksa pulang awal.

Aku bertolak dari KLD tepat kul 11.50pm dan sampai di pintu pagar rumah tepat kul 1.10am. Muahahahah!!!...1 jam 20 minit from KLD, Melaka..lalu Tangkak terus ke KL...and 1st time meter cecah 215km/h...sampai menggigil tangan aku...huhuhu...

Aku malas nak tulis banyak2. Walau apapun, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua projek iaitu Basri dan semua AJK Projek Basah 2.0 ini coz you make it happened! Terima kasih kpd Kak G & Pak Let selaku penasihat dan kem komandan kami sepanjang aktiviti ini. Terima kasih kepada semua fasilitator yang sudi melayan kami dan menjaga kami. Terima kasih semua! I really enjoyed it!

### - Gambar-gambar sekitar aktiviti KLD

Posted at 10:18 am by irwandy
(6) Comments  

Saturday, April 16, 2005
Off to KLD, Melaka

I'm off to Kem Lambaian Danau(KLD), Kg Sg Chinchin at Melaka. Just wanna get rid off all the headache things in my head. I'm driving alone, so...bleh la tenangkan diri skit..hehe.. Dah gerak kul 2pm, Friday tadi. So, cya guys on Sunday. KLD!!! Here I come!!!...

### - Semua terserah padamu, aku begini adanya, ku hormati keputusanmu, apapun yang akan kau katakan...

Posted at 12:33 am by irwandy
(1) Comments  

Friday, April 15, 2005
Cahaya

Sudah setahun lebih peristiwa itu berlaku. Selama setahun lebih itulah aku tabah dan pasrah. Aku hanya menjalani kehidupan seperti biasa. Ada yang datang dan pergi. Ada yang kecewa dan mengecewakan. Ada yang singgah sekejap. Dan lain-lain.

Akhirnya, satu cahaya datang tanpa diduga. Entah dari mana ia datang. Membuatkan aku tertanya-tanya sepanjang masa. Dalam pada masa yang sama, aku gembira. Tidak pernah rasa gembira sebegitu sejak setahun lebih yang lepas. Semakin lama, cahaya itu semakin menyinari hidup aku. Walaupun aku cuba berselindung, tetapi tidak berjaya. Cahaya itu terlalu terang tetapi menenangkan hati. Aku redha. Aku membiarkan sahaja cahaya itu mengelilingi aku. Cahaya itu seolah-olah memberikan aku kekuatan dan semangat. Sudah lama aku tidak rasakan sebegitu.

Setiap hari cahaya itu menerangi hidupku. Aku tidak tahu bagaimanakah caranya untuk membiarkan cahaya rahmat itu menerangi hidupku untuk selamanya. Cahaya itu sungguh berharga. Lantas, aku telah mengusahakan sesuatu. Usaha yang tidak terfikir untuk aku lakukan. Lain daripada yang lain. Namun, ianya masih samar. Adakah usaha kecil aku telah menghasilkan sesuatu? Mungkin ya atau mungkin tidak. Walaupun begitu, aku hanya menunggu "respon" sambil berusaha untuk mendapatkan cahaya yang indah itu walaupun peluang itu masih samar-samar. Aku tahu, ianya akan mengambil masa yang lama. Bagi aku, sesuatu yang baik akan menanti jika aku bersabar. InsyaAllah, cahaya yang aku idamkan itu akan membawa penuh erti dalam hidup aku. Amin.

Dalam dunia ni tiada yang senang. Setiap apa yang hendak kita lakukan, harus diiringi dengan usaha. Kalau tiada usaha, apa yang kita nak takkan jadi. Tetapi, usaha harus diiringi dengan kecekalan dan kesabaran. Allah SWT takkan mengubah nasib seseorang itu jikalau seseorang itu tidak mahu mengubah nasibnya sendiri. Itulah yang aku ingat selalu.


### - A moment like this, some people wait a lifetime, for a moment like this, some people search forever.

Posted at 12:33 am by irwandy
(11) Comments  

Thursday, April 14, 2005
Pening & Panadol

Sejak petang semalam, telinga aku berdenyut-denyut pastu pening sebelah kepala. Aku tatau apsal. Aku pun risau gak. Pastu malam semalam, makin berdenyut kepala nih. Sebelah je plak tuh. Takkan migrain kot? Then, aku telan panadol sebijik. Tak lega-lega gak. On the way back semalam pun, makin pening. Pagi ni pun makin berdenyut kepala nih!..hishhh...

Bila bercakap tentang panadol, aku teringat satu peristiwa yang berlaku dulu. Masa tu mak aku suruh aku beli panadol sebab pening aku makin teruk. Lagipun dia pun pening gak. So, aku dgn blur nya gi la kedai beli panadol. Aku main amik je tak pk byk sbb pening. Sampai rumah, aku kasi mak aku. Aku suh dia makan dulu. Tetiba mak aku bersuara...

Mak : laaaa...ni apehal beli Panadol Menstrual nih???
Me : ehhh...laa...ye ke???...aduhhhh...
Mak : takkan takleh bezakan kot?...
Me : ntah la mak...blur time tu...main amik je. Orang kedai tu pun tak tegur pape...
Mak : dah...gi beli panadol biasa punya...

Ishhh..malu gile woo. Camne tah bleh teramik Panadol Menstrual tu. hahaha...Nasib baik sedar sebelum telan, kalau dah telan?...Rasa2nya, ada effect kat lelaki tak?..hehe... :p

### - Makin pening dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi...

Posted at 09:54 am by irwandy
(10) Comments  

Wednesday, April 13, 2005
To See You...

To see you right thru your eyes, is like seeing a shiny diamond.
To see you happy, is like winning a big lottery.
But most of all, to be with you is a precious moment in my life.


### - Pergghhh...adakah aku yang menulis ini?...haha...saje tade keje...jgn ingat pape!

Posted at 10:23 am by irwandy
(3) Comments  

Next Page]