Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Thursday, April 21, 2005
Film Review : SAHARA

  Semalam saya menonton filem SAHARA, lakonan Matthew McConaughey, Penelope Cruz & Steve Zahn kat GSC, Midvalley Megamall. Pada mulanya, saya ingat filem ni berkisarkan tentang gurun Sahara. Rupanya tentang bot besi yang merantau dari US dan tersekat di gurun Sahara.

Filem ini bermula dengan baik. Penelope Cruz aka Dr. Eva Rojas dan colleague nya menyiasat tentang wabak penyakit yang melanda di Lagos. Dan kemudian mereka mendapati ianya berpunca dari Mali. Kebetulan hero filem ini, Matthew McConaughey berada di Lagos juga untuk mencari harta karun di situ, mereka bertemu di situ dan bermulalah kisah pengembaraan mereka. Masing-masing mempunyai matlamat tersendiri dan akhirnya apa yang mereka ingin tahu itu ada hubung kait dgn apa yg mereka cari.

Filem ini lebih kurang macam filem National Treasure tetapi bagi saya, National Treasure lebih menarik. Filem Sahara ini ada kelebihannya tersendiri tetapi saya rasa, Penelope Cruz mencacatkan cerita ini. Saya pun taktau kenapa tapi itulah apa yang saya rasakan apabila melihat filem ini. Penelope Cruz seolah-olah menjadi satu watak tambahan yang tidak menyerlah walaupun dia adalah salah satu watak utama.

Walau apapun, jalan cerita ini amat menarik. Memang sesuai untuk ditonton oleh semua! It's a recommended movie! Malas nak beri ulasan yg lebih2. Korang pegi tengok sendiri. Tak rugi RM10. Worth every cents!

Rating - 4/5 stars

Posted at 03:12 pm by irwandy
(2) Comments  

Wednesday, April 20, 2005
Kursus Pasca perkahwinan lepas 10 thn berkahwin?

Pada hari kelmarin, Dr. Mashitah mencadangkan supaya pasangan yang sudah 10 tahun berkahwin diwajibkan mengikuti kursus pasca perkahwinan. Dan hari ini pula Pak Lah menjawab ianya tidak perlu. Malah, kita harus tumpukan dan memberi keutamaan kepada kursus sebelum perkahwinan.

Iya. Betul apa yang Pak Lah cakap. Keutamaan seharusnya diberi kpd golongan yg hendak mendirikan rumahtangga untuk kursus kahwin. Untuk pasangan yg telah berkahwin selama 10 tahun, kebanyakan daripada mereka ini dah stabil. Manakala pasangan2 yang bercerai pun, less than 5 years kahwin. Golongan yg bercerai awal ni yang sepatutnya diberi kursus. Bagi aku, kalau dah 10 tahun kahwin, sendiri mau ingat la. Takkan dah lama kahwin pun tak reti-reti nak uruskan hal-hal rumahtangga? Anak-anak pun dah besar. Pengalaman dah menimbun.

Memang ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan Dr Mashitah. Termasuk aku. Ianya satu cadangan yang bagus tetapi tidak sesuai dan tidak perlu. Bukan apa, masjid & surau serta tempat-tempat ceramah yang lain banyak memberi ceramah serta motivasi bukan sahaja untuk individu, malah untuk pasangan yg dah berkahwin juga. Mereka boleh pergi ke masjid untuk beribadat di samping mendengar ceramah. Free lak tu.

So, pokok pangkalnya adalah hati masing-masing. Nak taknak terima, nak buat ke tak, itu terpulang pada setiap individu. Rumahtangga bahagia atau tidak, itu terpulang kepada cara mereka menguruskan hal-hal rumahtangga mereka. Walau kursus seberapa banyak kali pun, kalau pasangan tak serasi ataupun masing-masing buat hal yang tak sepatutnya, tak bahagia juga rumahtangga. Itulah orang kata, pasangan yang dah berkahwin seelok-eloknya berjemaah dalam melakukan sesuatu. Solat berjemaah, memasak berjemaah, menguruskan rumahtangga berjemaah, tidur berjemaah, mandi berjemaah...hehe. Dan itu akan mengukuhkan lagi keadaan rumahtangga masing-masing.

### - Camne la aku agaknya lagi 10 tahun eh? Tak dapat nak bayangkan!

Posted at 12:33 am by irwandy
(5) Comments  

Tuesday, April 19, 2005
To Know The Truth

To know the truth is easy but some people make it so difficult. It's whether you wanna say it out loud or you wanna keep it shut. Or maybe some people wanna make it "atas pagar". It's like, it's for me to know and for you to find out. But how can people understand if someone not telling the truth? Some people wanna assume he/she understands. Is by assuming is the right way to make them understand?

Sometimes people just wanna say something good just to make the other person to feel comfortable. Sometimes they just let the other person search for the answer. Well, for me, it really hurts if we didn't know the truth about something...it's like between yes and no. Just like in a relationship. If someone tells you NO for the answer, it really hurts but kalau "tergantung", it can give hopes and dreams and later on, it will hurt more than the NO answer. Am I right? Sometimes you gotta be cruel to be kind. I guess dah byk kali aku ckp camni. ;)

Hmmm, sometimes, when you wanna make friends with everybody, you cannot please everybody. You must have a barrier. Kena jaga tingkah laku. Kalau taknak ada pape yg terjadi, elakkan. Simple as that. Because you must love yourself first before you love others. Lambat laun hati sendiri sakit. Prevention is better than cure... ;)

Well, to know the truth...sometimes it hurts...but that's the way of life to make you grow stronger and be more matured person. Any opportunity, risks will follow...;)

### - Is there by any chance for me to be somebody in somebody's life in the future?

Posted at 03:27 am by irwandy
(8) Comments  

Monday, April 18, 2005
Report : Projek Basah 2.0, Kem Lambaian Danau

BEST! BEST! BEST! Itu yang aku dapat ungkapkan untuk projek basah anjuran Geng Jurnal pada kali ini. Pertama kali aku ke Kem Lambaian Danau yang terletak di Kg Sg Chinchin, Melaka(8km dari Jasin). Walaupun pada mulanya aku agak keberatan untuk pergi disebabkan keadaan kaki aku yang tak mengizinkan, aku kumpul segala kudrat yang ada untuk bersama mereka yang dah pergi ke sana.

Aku bertolak pada hari Jumaat berseorangan, 2pm dari rumah dan tiba di KLD pada pukul 3.45pm. Nasib baik jalan clear. Sampai je kat sana, ada dalam 10 orang yang dah sampai. Dan kemudian, satu demi satu peserta yang sampai. Kami menunggu untuk taklimat dari kem komandan KLD. Pada pukul 5pm, bermulalah aktiviti pertama iaitu Larian Berhalangan. Aku tak join diorang sbb kaki still injured. Tapi aku just ikut jalan shortcut untuk tgk diorang. Aku cukup gelihati dan seronok melihat para peserta.

Setelah habis aktiviti itu, kami semua mandi di tasik. Itulah yang kami semua tunggu-tunggu! Kali ni aku join sebab bukannya aktiviti lasak pun. Tetapi, pada waktu inilah kaki aku terkena paku di dalam air. Tak dalam sangat lukanya tapi darah keluar je memanjang. Pedih gile. Terkena kaki kanan lak tu. Kaki kiri dah la injured. Kaki kanan lak kena. Aduiii...tu la. Ramai orang cakap jangan pegi KLD sebab keadaan kaki aku tak mengizinkan. Tapi aku degil. hehe...takpe. At least bila aku tengok parut luka ni kemudian hari, aku tau ianya dari KLD. Suatu memori yang indah. :D

Pada malamnya, aktiviti ice breaking bermula. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kuning, Merah dan Hijau. Kami kena menamakan kumpulan kami dengan motto kumpulan serta "cheers". Aku berada di dalam kumpulan kuning. Nama kumpulan kitorang "MORROK". Best tak?..hehe...Aktiviti ice breaking tu dimenangi oleh kumpulan Morrok!...yeay!

Lepas ice breaking, kul 12am...ada aktiviti Night Walk. Aku tak join diorang jalan. Tapi aku naik jip kem komandan untuk join dgn facilitator utk jadi hantu. Hahaha...aku suka! Denai tu mmg gelap. Mula2 takut gak nak dok sengsorang. Pastu jadi biasa lak. Seorang demi seorang aku takutkan. Ada yang menjerit, ada yang sergah aku balik. Hahaha. Pastu dah habis, kami semua tido.

Hari Sabtu, pagi tu dimulakan dengan senaman & jogging. Pastu breakfast. Pastu acara berakit di mana setiap kumpulan harus membina rakit sendiri untuk berlumba keliling tasik sejauh 600 meter. Best gile! Walaupun tangan sengal2 dan sakit, tapi it was fun! Berbekalkan design yang bagus, kumpulan aku dapat lead 2 checkpoint pertama out of 4 checkpoints. Pastu kami kalah sebab dah letih. Dapat tempat ketiga out of 6.

Pastu lunch time. Petang tu plak ada wargame. Aku tak join. Bukan tanak join, tapi tak dpt nak join. Lepas wargame, aku shooting video diorang tgh mandi manda dari atas bot. Best! Pada sebelah malamnya pulak, ada BBQ. Sedap gile ikan patin fresh tuh! Nyummyyy...Lepas BBQ, ada sketsa utk setiap kumpulan. Hahahah..lawak gile semua. Lepas habis tu, aku kena balik KL sebab nak kena hantar family aku gi KLIA Ahad pagi. Diorang nak gi Las Vegas. Walaupun projek basah officially tamat pada tgh hari pada Ahad, tapi aku terpaksa pulang awal.

Aku bertolak dari KLD tepat kul 11.50pm dan sampai di pintu pagar rumah tepat kul 1.10am. Muahahahah!!!...1 jam 20 minit from KLD, Melaka..lalu Tangkak terus ke KL...and 1st time meter cecah 215km/h...sampai menggigil tangan aku...huhuhu...

Aku malas nak tulis banyak2. Walau apapun, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua projek iaitu Basri dan semua AJK Projek Basah 2.0 ini coz you make it happened! Terima kasih kpd Kak G & Pak Let selaku penasihat dan kem komandan kami sepanjang aktiviti ini. Terima kasih kepada semua fasilitator yang sudi melayan kami dan menjaga kami. Terima kasih semua! I really enjoyed it!

### - Gambar-gambar sekitar aktiviti KLD

Posted at 10:18 am by irwandy
(6) Comments  

Saturday, April 16, 2005
Off to KLD, Melaka

I'm off to Kem Lambaian Danau(KLD), Kg Sg Chinchin at Melaka. Just wanna get rid off all the headache things in my head. I'm driving alone, so...bleh la tenangkan diri skit..hehe.. Dah gerak kul 2pm, Friday tadi. So, cya guys on Sunday. KLD!!! Here I come!!!...

### - Semua terserah padamu, aku begini adanya, ku hormati keputusanmu, apapun yang akan kau katakan...

Posted at 12:33 am by irwandy
(1) Comments  

Next Page]