Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< July 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Saturday, July 03, 2004
Hang out with bloggers...

Saturday, 3rd July 2004

Hari ni gi kenduri kahwin kakak Fariq kat Gombak Setia...hmm..makan jap..pastu balik umah jap...tukar baju...kemas beg..and terus menuju ke Midvalley Megamall...nak jumpa dgn bebudak bloggers nih...patutnya kul 2.30pm...aku sampai pun kul 2.45pm...sampai kat tempat yg dijanjikan, takde plak diorang...lagipun aku tak penah jumpa diorang lagi...dlm kul 3pm camtu, ternampak Nazim aka Dale & Atoi...join je la diorang..rupanya aku nampak Mely & Ana mmg dah tunggu kat area situ, tapi aku tak sure sgt, so malas nak tegur dulu...hehehe...Tak lama pastu, Yan, Lin & Eisya sampai...Lenz pun sampai gak...

Then gi masuk Cosmic Bowl...penuh la plak...ramai org menunggu...so, kitorang decide nak gi makan kat McD...lepak2 je la kat situ...sambil amik gambar semua org...haha...seronok bergumbira dgn bebudak nih...beborak-borak..berlawak...dah abis makan, gi Cosmic Bowl balik...fuh..nasib baik ada tempat...tapi Lenz plak nak balik..ade hal lak...takpe...it's ok bro...huhu...8 of us main bowling...main dua lane...Group 1 & Group 2...aku dalam group 2 bersama Dale, Yan & Atoi...aku menang dua dua frame setelah diberi saingan sengit oleh Atoi & Eisya!...yeayyy!!!...

Habis je main bowling, gerak ke Food Junction...lepak lagi sambil minum2...snap some pictures...dlm kul 7.15pm camtu, semua org nak balik dah...diorang nak tgk Konsert AF!..haha...tak puas btol melepak dgn diorang...rasa cam tanak balik je..hehe...aku pun gerak gak la...takkan nak tunggu situ...pastu aku gerak gi umah Manzek...park skuter aku kat situ, pastu kul 8.15pm gerak gi sportsplanet sunway...main futsal kul 9-10pm...rasa letih plak aku...tapi main je la...abis futsal, gi umah manzek..amik skuter...pastu lepak kat Wangsa Melawati...Tatty punya birthday!..siap ade kek lagi...pastu tatty belanja semua org yg dtg lepak sekali dgn kitorang...aku, azwan, naza, bob, manzek & mael...thanks Azwan & Tatty!...Happy Birthday to you Tatty!...eeheh..pastu aku kena gerak awal....aku balik...penat sehhh...

Anyway, Yan, Mely, Lin, Eisya, Ana, Atoi, Dale, Lenz....nice to meet u guys!...thanks for your time!...really had fun with all of you...hope to hang out with u guys again next time...nanti kita gi karaoke plak eh?...Sila tgk gambar kat ND's Fotopages...enjoyyy...


Quote of the day...

"Everything that is really great and inspiring is created by the individual who can labor in freedom." - Albert Einstein

Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Friday, July 02, 2004
Dunia kita berbeza

Friday, 2nd July 2004

Di antara kita punyai dua dunia yang berbeza. Dua dunia yang tidak mungkin bersatu. Kau dengan dunia yang tidak risaukan apa-apa. Aku pula dengan dunia yang mempunyai hati dan perasaan dan juga akal fikiran. Kau sentiasa membuat diriku gembira apabila berada di sisi kau. Apabila kau pergi bergembira bersama-sama rakan-rakanmu, aku rasa sunyi. Malah, seluruh keluargaku rasa sunyi semasa ketiadaanmu. Aku tahu, dunia kau penuh dgn rasa kasih sayang oleh semua orang di sekelilingmu. Kau adalah penghibur hatiku. Kau juga selalu menyayangiku.

Ku belai dirimu dengan kasih sayang sejak dulu. Tidak pernah aku meninggalkanmu di waktu-waktu genting. Apa saja yang kau hajati, aku kurniakan demi kasih sayang aku dan keluargaku terhadap kau. Kau adalah penyeri kami sekeluarga. Setiap hari kau pernah memberikan aku kebahagiaan dan kegembiraan. Kau juga selalu bersamaku ketika aku berasa sedih. Kau yang berada di sisiku sambil ku belai dirimu dengan kasih sayang. Apabila kau lahir ke dalam duniaku pada tahun lepas, aku dapat rasakan yang kau akan menjadi penyeri hidupku. Kau selalu hendak dibelai oleh orang yang kau sayang. Kau juga amat cerdik, bijak & pandai. Malah, kau lawa dan amat comel. Kau pandai mengambil hatiku. Tetapi...


...kenapa kau curik ikan aku wahai KUCINGKUUUU!!!!!!!!???? Ikan yang aku bagi tu tak cukup ke????..uuuwwwaaaa...ikan siakap lak tuuuu...ini kah balasanmu terhadapku wahai Tiger & Nemo!!!...


Ni la Tiger & Nemo...isk isk...sampai hati..tapi diorang tetap cute..sayang diaa..muahks!..haha



citer btol ni...hehe...saje buat lawak...tgh tension...

Quote of the day...

"If A equals success, then the formula is: A = X + Y + Z, X is work. Y is play. Z is keep your mouth shut." - Albert Einstein

Posted at 11:33 pm by irwandy
(3) Comments  

Thursday, July 01, 2004
Jika anda berada di dalam situasi...

Thursday, 1st July 2004

Berdasarkan cerita "Berlari Ke Langit", apakah pendapat anda?
Bagaimanakah jika anda menyayangi seseorang yg anda tahu bahawa dia takkan hidup lama?...Apakah yang anda akan lakukan?

Bagi aku, ajal maut di tangan Allah SWT. Dalam segala dugaan, aku hanya berserah kepada Allah SWT. Jika aku dalam situasi seperti Indra, aku akan tetap berikan keyakinan kepada Yasmin untuk terus hidup dan tidak sesekali meninggalkannya. For me, keyakinan diri sendiri utk terus hidup itu adalah titik permulaan dalam mengecapi kebahagiaan sesama pasangan. Dan ternyata, Yasmin hidup lebih lama sehingga boleh melahirkan zuriat. Semua itu di atas keyakinan hidup bersama dgn Indra yg telah hadir dalam hidup Yasmin. Walau pada mulanya Yasmin lari, tetapi akhirnya dia kembali di sisi Indra. Indra telah membuat dia yakin dgn diri sendiri utk terus hidup. Alangkah indahnya jika aku pun begitu jua.

Sewaktu Yasmin meninggalkan Indra, pelbagai dugaan telah menimpa Indra. Adakah anda masih boleh bersabar dgn situasi sebegini? Segala apa yg anda ada telah hilang kerana seseorang. Anda hanya pasrah dengan apa yg terjadi sambil berfikir, mengapa perkara baik yg anda lakukan dibalas dengan kejadian yg anda susah hendak terima dan menyedihkan?

Dan jikalau segala apa yg anda usahakan dirampas/dicuri oleh orang lain? Anda telah bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu lalu dirampas pula oleh pencuri. Cuba kita fikirkan sejenak situasi-situasi yang saya huraikan tadi. Apakah yg akan anda lakukan jika anda berada di dalam situasi sebegitu rupa?...

Quote of the day...

"Your emotions make you a monster. The question is, Would you rather be a feeling monster or a non-feeling machine?" - Lincoln Nielson

Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Wednesday, June 30, 2004
Berlari Ke Langit...(Read it!!!)

Wednesday, 30th June 2004

Kebosanan yg melanda diri aku tadi membuatkan aku nak gi tgk movie hari ni...siluman je yg dpt join aku tgk movie...aku beli tiket citer "Berlari Ke Langit"...tgk kul 4.20pm...habis kul 6.10pm...hmmm...let me tell u the story of that movie...first time filem melayu yg berjaya membuat aku hampir menangis dan seriously, aku sedih tgk citer ni...mungkin ianya hampir tepat mengenai diri aku...

Indra(Rosyam Nor) seorang tekong bot nelayan kat Kuala Pahang. Masa kat tgh laut, bot dia dipukul ombak lalu Indra tersadai kat sebuah pulau. Semua orang kampungnya menyangkakan bahawa beliau sudah tiada lagi termasuklah buah hatinya, Zu. Sebelum Indra pergi, Zu telah berjanji bahawa dia tetap akan menunggu Indra walau apa pun terjadi. Setelah tersadai di pulau itu selama 9 bulan, Indra kembali ke kampungnya dgn wajah yg kusut masai. Seluruh penduduk kampung terkejut dgn kepulangan beliau termasuklah Zu.

Kepulangan Indra juga disambut oleh adiknya yg baru hendak menjejaki ke alam persekolahan iaitu Iman. Indra dan Iman merupakan adik beradik yg yatim piatu. Kepulangan Indra juga membuatkan dirinya ingin melamar Zu sebagai teman hidupnya, tetapi Zu telah bertunang dgn Bukhari tetapi Zu masih sayangkan Indra. Walau bagaimanapun, Zu tidak dapat berbuat apa-apa kerana Zu menyangkakan yg Indra telah mati. Zu telah meneruskan hidupnya. Dan sebagai manusia yg mempunyai hati dan perasaan, Indra kecewa tetapi beliau tetap bersabar.

Iman mula memasuki alam persekolahan dan sekolah itu mempunyai guru baru iaitu Yasmin Suraya(Fasha Sandha). Yasmin berasal dari Kuala Lumpur dan tujuan beliau ke kampung itu tidak pula diberitahu. Yasmin rapat dgn Iman dan bertemu dgn Indra. Sejak itu Indra merasakan ketenangan bila berada dgn Yasmin dan begitu juga dgn Yasmin. Sememangnya Indra tidak bertepuk sebelah tangan. Hati Yasmin mmg terpaut dgn seorang yg lelaki yg berhati mulia seperti Indra. Sehinggakan Indra pernah bertanya kepada Yasmin...

Indra : Kalau Indra melamar Yasmin, rasa-rasanya Yasmin terima tak?
Yasmin : Kalau Yasmin tak terima orang yg berhati mulia macam Indra, maknanya Yasmin berhati buta.


Tetapi Yasmin mempunyai suatu rahsia yg tidak diketahui oleh Indra sehinggalah Yasmin bertanya kepada Indra...


Yasmin : Indra, kalau seseorang itu tahu bahawa dia takkan hidup lama, adakah abang akan menerimanya?
Indra : Kalau sayang, Indra terima...Indra tak kisah...ajal maut di tangan Allah.
Yasmin : Kalau Yasmin macam tu dan tak hidup lama, camna?
Indra : Indra tetap sayangkan Yasmin. Kalau tak, Indra buta hati la.


Satu hari, selepas satu hari Indra di laut, Indra pulang dan mendapati Yasmin sudah berlari ke Kuala Lumpur. Dari situ baru tau bahawa Yasmin mempunyai penyakit kanser dan tidak dapat diubati lagi. Sebab itulah dia lari daripada kampung untuk tidak melukakan hati Indra akan penyakitnya itu. Di Kuala Lumpur, Yasmin telah menemui doktor-doktornya utk mendapatkan pandangan terhadap penyakitnya itu. Yasmin berusaha untuk melawan penyakitnya itu. Doktor menasihatinya bahawa berserah pada takdir dan yakin dgn diri sendiri utk terus hidup dan melawan penyakitnya itu.

Sejak itu, Indra & Iman berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari Yasmin. Setibanya di sana, dompet Indra telah hilang dicuri oleh penagih dadah dan akhirnya terjumpa kembali si penagih itu dan Indra mengugut penagih tersebut supaya menolongnya mencarik Yasmin dan memberi tempat tinggal sementara. Maka, Indra & Iman telah menginap di tempat tinggal penagih itu kerana tidak mempunyai apa-apa wang. Tempat mereka tinggal itu merupakan bangunan 5-6 tingkat yg masih belum siap dan terbengkalai. Indra mula bekerja untuk menyara adiknya Iman. Setelah dapat gaji, Indra membawa Iman pergi ke konsert Siti Sarah, iaitu penyanyi kegemarannya. Konsert itu dibawa secara langsung di TV dan Yasmin terlihat Indra di kaca TV lalu Yasmin mencari Indra di tempat konsert tersebut. Malangnya, usahanya hanya sia-sia.

Setelah kembali dr konsert, Indra & Iman kembali ke tempat tinggal mereka dan tiba-tiba si penagih tadi menjadikan Iman sebagai tebusan kerana si penagih tiada duit utk membeli dadah dan mengugut untuk membunuh Iman. Dengan tangkas, Indra bergelut dgn penagih tersebut dan mendapatkan Iman. Sekali lagi si penagih itu tidak berpuas hati lalu bergelut lagi dgn Indra. Tetapi nasibnya malang kerana Indra lebih kuat lalu si penagih tergelincir hendak jatuh dari tingkat yg mereka tinggal. Sebelum jatuh, si penagih menarik kaki Iman lalu mereka jatuh ke bawah bersama-sama.

Mereka berdua terbunuh on the spot! Satu demi satu kejadian yg menimpa Indra. Indra berasa amat sedih kerana kehilangan adiknya yg tersayang. Dan kini, Indra tidak mempunyai sesiapa dan telah hilang semuanya. Tiba-tiba, Yasmin datang kembali dalam hidupnya. Yasmin akhirnya berjumpa dgn Indra. Dan mereka berkahwin. Ternyata Yasmin dapat hidup lebih lama daripada yg dia sangkakan. Mereka hidup bahagia dan dikurniakan seorang anak. Dan ternyata juga, atas keyakinan dirinya bersama dgn Indra, dia dapat melawan penyakitnya itu dan hanya berserah pada takdir akan ajalnya.

Begitulah ceritanya yang aku rasakan seolah-olah aku berada dalam situasi seperti Indra. Sebuah cerita yg betul-betul menyentuh perasaan aku. Nanti aku cerita esok pandangan aku terhadap keadaan seperti itu. To be continued...


Quote of the day...

"Life in abundance comes only through great love." - Elbert Hubbard

Posted at 11:33 pm by irwandy
(2) Comments  

Tuesday, June 29, 2004
Waktu terus berlalu...

Tuesday, 29th June 2004

Waktu berlalu begitu cepat...terus berlalu pergi...tak sangka lak masa berjalan sebegini cepat...terlalu byk perkara yg berlaku...aku just harapkan semua yg berlaku ini adalah satu petunjuk dan rahmat utk aku dlm menuju ke arah kebaikan dan kebahagiaan hidup...InsyaAllah...

Sekali lagi, hari ni aku rasa tak sedap badan...since hari sabtu aku rasa camni...ntah la...kekadang ok..kekadang tak ok...tah pape la...aku biarkan je...tadi plak, tetiba pening datang...pastu migrain plak...tak penah lak jadi camni kat aku sebelum ni...dulu aku sihat je...susah dpt virus/penyakit cam demam, pening, batuk, selsema...skang ni mudah plak dpt semua tu...hmmm...

Dengarlah lagu ini...one of my fav song...

Aku Cinta Padamu by Siti Nurhaliza

Andainya engkau ku miliki
Terdahulu sebelumnya
Andai ku curah rasa hati
Mungkin kini
Ku kan tenang di sampingmu...

Belum puas ku menikmati
Kesan kasih sayang
Kau terpaksa pergi
Ingin ku terus di cintai
Walau bisikanmu
Azimat berduri...

Bila cinta berbunga
Jadi air mata
Di jariku...

Betapa ku cinta padamu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlah ku di hatimu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doamu...

Hiasilah hati
Dengan cinta suci
Selamanya...

Gemerlapkan jiwa
Semikanlah cinta
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama
Aku kan menunggu
Walaupun seribu tahun lagi...ohhh



Quote of the day...

"The secret to creativity is knowing how to hide your sources." - Albert Einstein

Posted at 11:33 pm by irwandy
(2) Comments  

Next Page]