Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< July 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Saturday, July 10, 2004
Konsert Akademi Fantasia

Saturday, 10th July 2004

Today I was just lepaking with my bloggers friends at Maju Junction...we played archery there...well, I got 79 points out of 120 points!...hehe...and we played pool...me, Brad, Dale, Yan & Lin...then, lepak at the foodcourt to have some drinks and have some chit chat among us...well, all of us seemed like have a problem of their own...most of them look sad...as for Yan, I know how u feel at that time...bersabar je...cekalkan hati ok?...

Then, I went to TTDI to send Dale back home...and then, as I was on my way to Sportsplanet Sunway, I don't know what the hell I was doing...maybe I feel tired...nearly cause an accident...hehe...but when I played futsal, wahhh...I can't believe I was playing for 2 hours straight...with 15 mins break la...heh...tak penat pulak...well, ok la tu coz maybe sooner I can't see u guys anymore...hehe...10pm...habis main futsal...then they went to Mamak Bistro at USJ 9...but I was too lazy to join them coz got headache & not in a mood...

So, I just went home to watch Akademi Fantasia...ala, tak sempat tgk Anding keluar...yeah...Anding is OUT!...My prediction was right!...From the very beginning, I can tell ya, Anding can sing but his pitching, his tune...memang out!...sumbang I might say...even Adnan Abu Hasan said that to him like that...well Anding, you'll just have to improve a little bit of your high pitch tune...the rest was okay...

hmmm...Zarina sengau?...for me, Linda lagi sengau!...Zarina just guna suara ikut hidung but takde la sengau sangat macam Linda...Linda tu naturally sengau!..hehehe...jangan marah aaa peminat Linda...ni realiti...:p...I really do hope that Bob will make it to top 5...I adore his voice but I know he's a little bit over confident and over...but he can be a really good entertainer I might say...well, singing is always about the voice of the person...not the character!...I vote for the AF students for their voice, not their character...How about Kaer?...hmmm...Kaer is very good...he sings very well but his voice mendatar je...cannot go for high pitch...he's using falsetto for high pitch...but he's got a good character...that's why girls loved him...huhuhu...

hmmm....I like Farah...but why the hell her votes kurang?...She's cute...She can sing very well...She got the highest pitch voice in AF...remember when she sang "Janji Manismu"?...and today she sang "Tenda Biru"... while for "Jangan Pisahkan", she sang the highest key for that song...Do I need to say more?...huhu...

Mas...ermmm...this girl...a single mother woman actually...she's got the voice but can't really control her nice voice...sumbang sana sini...and I don't know why the hell her votes tinggi gile...is it because of kesian?...As for Nurul, kira ok la...she's cute...got a nice voice for certain songs...but today she was not feeling very well...but I really do think that Nurul will be leaving AF next concert if the next song tak sesuai dgn dia...Zahid, yeahhh...this guy rocks and got a very good voice...Adam, nice performance especially your dancing part...got a good voice also...

Overall, yeahhh...Anding deserved to go out...hehe...I can't predict the top 5...but I do hope Bob, Farah, Zahid, Zarina & Kaer will be in the top 5...uhuhu....

One more...Kimi Raikkonen on pole position for the F1 race at Silverstone, UK...at last!!!...


Quote of the day...

"All human actions have one or more of these seven causes: chance, nature, compulsion, habit, reason, passion, and desire." - Aristotle

Posted at 11:33 pm by irwandy
(2) Comments  

Friday, July 09, 2004
Bila hati berkata...

Friday, 9th July 2004

Bila hati berkata...
mengapa kita berbuat baik, tetapi terlalu kejam balasannya yg kita terima?
Minda menjawab...
aku taktau...
Orang lain cakap...
ada hikmah di sebalik semua kejadian yg berlaku...
Dia jawab...
suka hati laaa...


"Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...."



Ironi by Moluccas

Oh mendung membayangi
Jalan kehidupan yang kulalui
Datang dan datang lagi
Tak jua mau menepi

Yang tersisa padaku
Hanyalah segumpal angan-angan
Yang melayang jauh... tinggi
Dan mungkin tak akan pernah
terjangkau lagi

Terlalu banyak peristiwa
yang telah kualami
Terlalu besar badai hidup
yang harus kuhadapi
Kucoba untuk dapat menerima
semua kodrat ini
Sampai di batas waktu
yang kusendiri pun tak pernah tahu
Ku tak tahu

Oh jalan yang membentang
Masih begitu banyak misteri
Walau tanpa teman lagi
Kuharus mencoba untuk dapat berlari


Quote of the day...

"Good judgment comes from experience, and experience comes from bad judgment." - Barry LePatner

Posted at 11:33 pm by irwandy
(7) Comments  

Thursday, July 08, 2004
Kesakitan mula melanda kembali...

Thursday, 8th July 2004

Kenangan semasa setahun yg lepas pada tarikh ini masih terngiang-ngiang dalam kepala aku. Aku tidak mengerti apa maksudnya yg sebenar. Ketika itulah aku merasakan sesuatu yg tak pernah terlintas langsung dalam fikiranku pada waktu itu. Aku sama sekali tidak menyangka pertemuan itu akan membawa kepada derita. Penderitaan yg amat sangat sehingga hampir menghancurkan hidupku.

Ya Allah! Apa lagi ujian Mu kali ini. Aku telah hilang orang yg aku sayangi. Dan orang yg aku sayangi itu Kau telah temukan aku dengannya. Aku temuinya dalam keadaan derita. Dan Kau telah memberikan aku dugaan demi dugaan selepas itu. Namun aku berjaya menghadapi dugaan-dugaan tersebut dengan tenang dan penuh kesabaran. Selepas itu aku kehilangan kereta kesayanganku. Aku hilang kawan. Aku hilang keyakinan diri. Aku hilang segala-galanya. Mengapakah penderitaan yg pernah dialami oleh seseorang itu telah berpindah padaku? Mengapa aku dibalas sebegini hebat dugaan? Aku telah lakukan yang terbaik untuknya. Aku telah jalankan tugas aku. Aku telah tunaikan janji aku. Sesungguhnya Kau telah menemukan aku dengannya tetapi untuk apa Ya Allah. Adakah aku ini hanya menjadi tempat persinggahan untuk dia bahagia bersama orang yg lain? Namun aku masih lagi bersabar. Aku masih lagi berdiri tegak. Tetapi mmg tidak dinafikan aku berasa sedih dan sakit.

Ya Allah, tidakkah dia terfikir bahawa aku sentiasa berada di sisinya sewaktu saat-saat genting? Tidakkah dia terfikir aku hadir dalam hidupnya membawa seribu erti dalam hidupnya. Tidakkah dia terfikir bahawa aku hadir tepat pada masanya sebelum dia menjadi bertambah teruk? Tidakkah dia terfikir bahawa aku "seorang" sahaja berada di sisinya ketika itu? Tidakkah dia terfikir bagaimana aku berada di sisinya sambil menguatkan semangatnya yg hilang? Tidakkah dia nampak betapa peritnya dan susahnya untuk kembalikan dia ke dunia yg nyata? Tidakkah dia nampak usaha aku untuk menunaikan janji aku terhadapnya? Mengapa dia buat aku jadi begini?

Kesakitan itu melanda lagi. Aku terpaksa menahan lagi buat pertama kali pada bulan ini. Sakit yg amat sangat. Ianya berpanjangan untuk beberapa minit. Namun aku tahan dgn senyuman. Aku hanya berharap supaya aku tidak pengsan lagi. hmmm...3 in 1...sounds interesting. Aku just nak biarkan macam ni. Aku sudahpun menulis sesuatu. Biarkan saja...

Dedicated to you...

Bunga-Bunga Cinta by Misha Omar

Hmmm... oh...
Di kala ku kesepian
Dihanyut ombak yang resah
Kau mengubati kerinduan

Di kala ku keresahan
Dihanyut malam nan gelap
Kau menerangi hidupku

Kini segalanya telah berubah
Cintamu hanya memori indah
Ku ditinggalkan kesepian
Pilu hatiku

Kembalilah kepadaku
Selamilah jiwa ini yang terluka
Ikatan kita berdua

Sayangilah diri ini
Belailah jiwa nan sepi
Kelayuan... dedaunan keguguran
Dahan-dahan nan kerapuhan
Bunga-bunga cinta... layu di pusara
Hmmm... hmmm...

Di kala ku kerinduan
Dihembus angin nan pilu
Kutatapi wajah dirimu

Di kala ku keseorangan
Dihanyut asmara cinta
Kau membelai jiwaku ini

Hanya satu kupinta oh darimu
Hargailah cinta kita oh...
Gelora menikam jiwa ini
Berada di hati
Deraian cinta yang suci



Quote of the day...

"Anyone who has never made a mistake has never tried anything new." - Albert Einstein

Posted at 11:33 pm by irwandy
(3) Comments  

Wednesday, July 07, 2004
Merisik Khabar

Wednesday, 7th July 2004

Hari ni aku rasa lain sangat. Susah untuk aku senyum. Susah untuk aku lakukan apa-apa. Hati aku terasa sakit. Entahlah, kejadian di kolej semalam membuatkan aku tertanya-tanya. Apalah nasib aku kali ini. Satu demi satu menimpa. Semalam dalam kelas pun, aku tak tgk lecturer kat depan, aku hanya menulis sesuatu di atas kertas. Dalam class aku berseorangan. Malas nak bercampur dgn org lain. Sekali lagi aku terfikir, apakah maksud semua ini?

Sesudah berada di medan perang, aku terpaksa menyusuri jalan yg berliku. Meredah lautan yg luas sambil terkapar-kapar kelemasan. Fikiran ku tak menentu. Aku dibiarkan sebegini sahaja. Tiada salam dan pesan. Namun aku masih berdiri tegak. Seperti mayat hidup. Aku taknak biarkan diri aku macam ni sampaikan parents aku risau. Mak aku seperti tahu akan sesuatu kerana dia asyik bertanya tentang aku. Ayah aku juga byk bertanya padaku mengapa aku bermuram dan nampak sedih 24 jam. Aku tak suka kalau aku buat parents aku risau macam ni. Tapi takkan aku nak pretend to be happy sampai bebila depan diorang?

Aku anak sulung. Lelaki. Bakal menjadi pewaris ayahku. Tanggungjawabku amat besar. Ibu ku pula adalah seorang yg kurang upaya. Aku tahu bahawa ianya menjadi tanggungjawab aku untuk menjaga ibu aku walau apa pun jua keadaannya pada masa depan. Sememangnya aku hendak menjaganya dgn penuh kasih sayang sepertimana dia membesarkan aku. Semalam, aku lihat ibu ku menangis. Aku taktau apa sebabnya. Tetapi dia masih kuat seperti biasa. Aku berasa amat bangga dengannya.

Dan penyakitku yg ku alami sekarang ini aku rahsiakan drpd kedua ibubapaku. Aku taknak mereka risau. Aku taknak mereka tahu bahawa setiap hari aku struggle and suffer menda ni. Aku nak diorang happy. Mungkin mereka lebih happy tanpa aku. Tiada lagi muka suram dan muram di rumah ni lagi. :)...

Satu lagi lagu yg penuh makna bagi aku...

Merisik Khabar by Allahyarham Sudirman

Terkapar-kapar ku kelemasan,
Sakit dilambung ombak kerinduan,
Di dalam tidur di dalam jaga,
Diburu oleh mimpi yang serupa...

Mengapa aku jadi tidak menentu,
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku,
Membiarkan hari-hari berlalu,
Tiada salam tiada pesan,
Memaksa diri untuk melupakan,

Namun wajahmu bermain di mataku,
Tiap waktu...

Malam ku suram,
Siang ku kelam,
Ku kegelisahan,
Mencari-cari ke mana pergi,
Harga diri ini...

Bertanyakan berita,
Merisik khabar mendengar cerita,
Melaluinya kau ku hampiri,
Tiap hari...
Bersama luka di hati...



Quote of the day...

"Hope is the thing with feathers, that perches in the soul, and sings the tune without the words and never stops at all." - Emily Dickenson

Posted at 11:33 pm by irwandy
(9) Comments  

Tuesday, July 06, 2004
Setahun Di Medan Perang

Tuesday, 6th July 2004

Hari ni aku bangun je dari tido, aku rasa sedih sangat. Apa yang aku usahakan, apa yg aku korbankan, semuanya tidak memberi makna apa-apa. Adakah impian yg aku inginkan drpd usaha dan pengorbanan aku itu akan menjadi kenyataan suatu hari nanti? Aku hanya berserah kepada Allah SWT. Dugaan demi dugaan yg melanda diri aku amat perit untuk ku terima. Tetapi aku tahu, terdapat dugaan yg lebih besar akan datang satu hari nanti.

Dalam jangka masa setahun ini, ianya seperti sebuah medan peperangan di antara dua pihak dan aku pula ingin masuk campur untuk mereka berdamai kerana satu pihak itu mempunyai angkatan peperangan yg lemah. Apabila sudah berdamai, satu pihak yg lemah itu yg kini bertambah kuat menjadi belot dan mengisytiharkan peperangan terhadapku tanpa bertimbang rasa. Akhirnya aku tersungkur nyawa-nyawa ikan akibat pembelot yang berada dalam angkatan perang ku. Walau bagaimanapun, aku tetap berusaha untuk teruskan hidup dan ingin merancang serang balas, tetapi aku hanya berserah pada Allah SWT untuk membalasnya.

Apakah kekejaman ini akan berterusan? Adakah dugaan seperti ini akan berlarutan? Apa lagi yg harus aku lakukan? Apa lagi yg harus aku korbankan? Perlukah aku menitiskan air mata setiap kali aku merenung akan perkara ini? Sampai bila harus aku bersabar?

Setiap malam sebelum tidur, aku berdoa agar aku dapat kembali ke tahun lepas apabila aku bangkit dari tidur keesokkan harinya. Aku tahu bahawa itu hanyalah fantasi. Jikalau masa boleh diputarkan, aku ingin kembali ke tahun lepas pada tarikh hari ini. Kalau dapat buat macam tu, nak diikutkan kekejaman aku, ingin sekali aku menarik balik segala usahaku pada tahun lepas. Tetapi aku tahu, aku takkan berbuat begitu. Memang ramai org cakap, buat apa nak tolong orang pastu nanti dia pijak kepala kita balik. Tapi bagi aku, apa yg aku lakukan adalah ikhlas. Terpulang la nak pijak ke ape ke. Asalkan hati ikhlas. Aku cuma mahu putarkan masa untuk memperbetulkan sesuatu perkara sahaja. Dan aku yakin, segalanya akan menjadi lebih baik jikalau hasrat aku tercapai.

Namun, dalam masa-masa begini, aku hanya dapat menguatkan semangatku semula, supaya terus hidup dengan tenang dan damai. Aku tidak lemah. Aku masih kuat. Cuma, apa yg aku harapkan dan impikan akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. InsyaAllah...

Dan setahun yg lepas juga, buat pertama kali lagu ini berkumandang kat WinAmp aku setelah seseorang dedicate kat aku lagu ni...aku tersentuh dan berfikir sedalamnya...penuh makna daripada hatinya...

Pelangi Petang by Allahyarham Sudirman

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...


(Tetapi aku tidak pergi, aku masih setia di sini...)


Quote of the day...

"The aim of psychoanalysis is to relieve people of their neurotic unhappiness so that they can be normally unhappy." - Sigmund Freud

Posted at 11:33 pm by irwandy
(2) Comments  

Next Page]