Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< July 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Sunday, July 18, 2004
Talking about Travelling...

Sunday, 18th July 2004

Aku sebenarnya dah tatau ape entry aku nak buat lagi. So, aku just nak cerita about travelling, especially yg kat overseas. Aku start travel ni dgn family aku. For the first time, aku naik kapal terbang masa umur 5 tahun(1985). Time tu nak gi Tokyo, Japan. Ayah aku ade kursus kat sana for 3 weeks. Ayah, mak & aku je gi sana. First time jejak Disneyland Tokyo. Sementara ayah aku berkursus, mak aku la yg bawak aku gi sana sini. Beli robot mainan. Makan aiskrim ape tah namanya kat sana...sedap gile...pastu naik bullet train...best gilos. Aku makan aiskrim tu pun sbb mak aku pujuk nak naik bot. Aku takut naik bot. Tapi dah dpt aiskrim, aku dah tak risau pape dah...tapi bila dah naik, takmo turun lak..hehehe...

Pastu tahun 1988, masa aku darjah 2...for the first time, aku gi London. Tu pun sebab ayah aku ade kursus kat sana gak. Kali ni aku gi dgn ayah, mak, aku and adik aku sorang. Kami berempat gi sana. Ayah aku pun kursus kejap je. Kitorang spend kat sana for 2 weeks. Dok shopping je la. Time tu kira murah gak la kot. Aku pun lupa. Trip gi London tahun 1988 ni aku lupa apa yg kitorang buat kat sana. hehe...nothing much to talk about...

Year 1991(aku darjah 5), for the first time aku gi Los Angeles, California, USA. Kami berlima satu family gi sana. Before gi LA, parents aku dah sound, kena dapat nombor 1 dlm kelas utk sepanjang tahun baru bleh gi LA. Aku pun tak ingat ape yg aku buat time tu, tapi mak aku ckp aku tekun belajar and dpt nombor 1 kat dlm kelas 3 penggal berturut-turut. Hahaha...But at least, aku berjaya buktikan yg aku bleh buat...huhuhu...So, first time la gi Disneyland kat sana...gi Universal Studios, gi Knott's Berry Farm...Dalam seminggu je lepak kat LA. Pastu ayah aku sewa kete, kitorang kuar dr LA, gi Fresno...dok kat sana plak, pergh...best gile shopping kat situ. Aman je tempatnya. Pastu drive ke San Francisco. Balik hari je...lalu kat Golden Gate Bridge tu kejap...round-round, pastu balik Fresno...penat gak. Pastu gi San Bernardino...pastu balik LA...and balik Malaysia.

November 1993(Form 1), aku dgn family aku gi mengerjakan Umrah. Ayah aku gi Haji tahun sebelumnya, sebab tu dia ajak family aku semua gi buat Umrah dgn family Ustaz Ismail Kamus. Memula kitorang gi Madinah, dok dalam 5 hari kat sana...sempat gak la buat Solat Jumaat kat sana. Masa nak Solat Jumaat tu, aku dgn atuk aku gi seawal kul 11 pagi semata-mata nak dok kat dalam Raudhah(Sebahagian drpd Masjid Nabawi yg dibina zaman Rasulullah dan di situ ada tempat Rasulullah mengerjakan Solat). Pastu gi Mekah. Time tu sejuk plak kat Mekah. Alhamdulillah. Kitorang dapat menyempurnakan Umrah dgn sempurna. Yang bestnya, hari ketiga kat Mekah, hujan turun! Alhamdulillah. Dah la sejuk, pastu hujan turun lak. Tapi memang berbeza la bila dok kat Mekah. Jiwa rasa tenang dan tenteram. Syaitan tak ganggu. Bangun tidur pun senang. Dah habis buat Umrah, kitorang gi Jeddah. Dok sana 2 malam sebelum balik Malaysia. Modern gak bandar Jeddah time tu berbanding dgn KL.

November 1994(Form 2), sekali lagi kitorang gi US. Kali ni bawak anak Ustaz Ismail Kamus(Firdaus) & makcik aku yg tak kawin lagi time tu. Kitorang 7 org. Sekali lagi kitorang lepak kat LA. Pegi Disneyland, Universal Studios and bla bla bla. Pastu gi Palm Springs. Gi naik cable car gi mountain dia yg ada snow. First time main snow kat situ. sejuk gile...pastu kitorang gi mana tah..aku pun lupa nama tempat tu...tapi shopping sakan la. Murah-murah baju and seluar semua. Quite enjoyable this time sbb ade geng.

August 1995(Form 3), gi London lagi sekali. Dah la nak dekat PMR. Tapi ayah aku suh ikut sebab dia ada convocation kat University of Hull, Yorkshire. Aku dok London dlm 2-3 hari je...pastu gerak gi Yorkshire. Ayah aku convo utk Masters of Business Administration dia. Quite fun gak la sebab dpt keluar from London. Kitorang gi for 2 weeks je. Lepas balik drpd Yorkshire, kitorang dok London balik...sambung shopping...hehe...

November 1996(Form 4), sekali lagi...aku gi US. Kali ni kitorang satu family berlima dok kat LA for one nite, pastu esoknya kitorang gi Orlando, Florida. Dok kat sana for 2 weeks. Perghhh...best gile la dok sana. Tempat yg aman dan paling best, ada Disney World! Besar gilos. Kitorang habiskan 3 hari just untuk have fun kat Disney World. Pastu 2 hari kat Universal Studios. Trust me, 2 minggu tak cukup nak have fun kat Orlando. Shopping spree habis habisan kat situ. Dah la murah. Lepak kat Planet Hollywood Orlando. Ni ayah aku punya idea la ni...hehe...sambil usha awek-awek mat salleh yg kuar masuk Planet Hollywood. Lepas 2 minggu dok sana, kitorang terbang balik ke Los Angeles. Pastu ayah aku sewa kereta gi San Diego. Dok sana for a week. Kitorang gi Sea World. Quite a boring place. Sebab tade macam Disneyland...eheh...Tapi sempat gak kitorang masuk Tijuana, Mexico. San Diego ni bersempadan dgn bandar Mexico yg bernama Tijuana. Situ lagi la boring...huhu...Habis seminggu kat situ, kitorang pun balik LA and balik Malaysia.

Year 1997, parents aku dgn adik-adik aku gi San Francisco, California, US. Diorang gi 2 minggu je. Aku tak gi sebab malas...lagipun nak dekat SPM.

November 1999, sekali lagi dan lagi...aku gi US. Hahaha..ape nak buat, kat US lagi seronok shopping...murah gilos. Tapi bukan tujuan nak shopping je...mak aku buat business trip...carik bahan...sambil tu holiday sekali...kali ni kitorang terus gi Las Vegas, Nevada. Dok situ for a week. Tempat gambling!...haha...Ayah aku siap nak try masukkan coin dalam slot machine tu...aku larang...aku ckp haram...whahahaha...Tapi mmg best la kat situ...city of light...memalam mmg lawa...Kitorang singgah gi Hoover Dam...dekat gak la dgn Las Vegas. Pastu gi shopping lagi kat area situ. Byk gak factory outlets kat sini. Aku sebenarnya carik kedai music je...sbb nak beli electric guitar...tapi tak jumpa lak...lepas seminggu kat Las Vegas, kitorang gi Carlsbad, California. Ada university yg popular kat situ...tapi lupa lak namanya. Kitorang dok sini for 2 nites...gi shopping kat factory outlet yg famous kat situ...ape tah namanya...lupa...but quite exclusive la...tapi mmg murah...tgh sale lak tu...time tu la aku baru terhegeh-hegeh nak beli seluar jeans CK, jeans Tommy Hilfiger & baju Polo Ralph Lauren...dgr je cam mahal....tapi jauh lagi murah drpd kat KL...hehe...semua seluar and baju tu tahan sampai skang. Pastu kitorang balik ke LA...dok for 2 nites gak sbb pastu nak balik KL...kat sini la kitorang gi satu factory outlet kat Anaheim, LA...akhirnya ada kedai music...the biggest music store in US. Kat situ la aku beli gitar elektrik aku...Memang aku cuci mata la tgk gitar-gitar kat situ...Nasib baik angkat satu...hehehe...

February 2002, for the first time, aku gi downunder...gi Melbourne...ade la hal gi sana...memula aku gi sorang...pastu ayah aku join the next day...so, kitorang berdua je la travel around there. Hmm...I must say, Melbourne is a quite boring place to go on a holiday. 2-3 hari je dah cukup kat situ...Biasa la....situ kan University city...untuk study kat situ kira fun la jugak...aku dok situ pun for 1 week je...ingat nak gi Sydney...tapi tak sempat laks...

Hmmm...rasanya panjang sgt la plak...esok aku sambung cerita about aku gi London last year...best gilos...however, about travelling ni...it's good sbb dapat buka minda kita...dapat tgk negara org...kemajuan di negara org lain...belajar byk pengalaman...got a lot of advantages...I feel so lucky sbb dpt travel camtu...but sometimes, rasa rugi pun ade gak..ehehehe...well, depends pada individu...kalau hobby dah travelling...takkan rasa rugi kot..kan?...Well...sambung esok...ciao...


Quote of the day...

"A man travels the world over in search of what he needs and returns home to find it." - George Moore


Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Saturday, July 17, 2004
Konsert Akademi Fantasia ke 6

Saturday, 17th July 2004



Konsert Akademi Fantasia ke enam. Aaaarrrggghhh...penuh dgn emosi. Ramai gak penonton yg menangis bila tgk konsert kali ni. Seperti biasa, Aznil cool je. Aku respect btol kat Aznil ni. Lawak, serious, emosional...semua bleh kawal...

MAS - Semakin Hari Semakin Sayang (5/10)
Ok je la dia nyanyi untuk konsert kali ni. Tapi suara dia still sumbang sana sini. Vocal control tak betul. Sememangnya dia tak pandai nak control vocal dia. Dah 6 minggu dah. Takkan takleh buat kot. Seperti kata Ramli MS, takde improvement langsung. By the way, kita takleh la nak vote MAS sbb dia single parent. Kita vote utk bakat diorang melalui vokal especially. Pedulik la perangai diorang ke rupa ke ape ke sejarah hidup diorang ke.

KAER - Epilog Cinta Dari Bromley (7/10)
Kaer adalah salah seorang pelajar favourite aku. Tapi aku tak letak harapan tinggi padanya sebab suara dia mendatar je. Ramli MS pun ckp dia takde improvement sgt. Tapi gaya kawalan vokal dia bagus. Dia pandai bermain falsetto dgn vokalnya. Pada konsert kali ni, rasa macam tak sesuai plak vokal dia utk lagu ni. Ada something yg aku tak puas hati terhadap cara dia bawak lagu ni. Mungkin low tone voice dia kurang. Sememangnya dia perlu membawa lagu ni dgn gaya tersendiri tapi dia telah byk mengubah melodi dan alunan asal lagu ini, menjadikannya tidak sesedap seperti penyanyi asal. Aku ingat dia bleh bawak lagi bagus drpd penyanyi asal tapi aku silap or maybe I can say, dia nyanyi style R&B.

FARAH - Ya Maulai (7.5/10)
Aku suka Farah! Aku suka vokal suara dia. Memang tinggi. Gaya kawalan vokal dia pun mmg lebih bagus drpd pelajar perempuan yg lain. Bagi aku, dia ni adalah pelajar perempuan yg terbaik dari segi vokal. Belum polish lagi tu. Tapi semalam dia nyanyi ok je la. Takde la hebat sgt. Maybe sejak dari awal dia tak confident nyanyi lagu Siti Nurhaliza ni kot. But a good try. Tapi aku heran, kenapa vote dia kurang? Dia ni cute, vokal power...rupa dan suara ada...pedulik la perangai dia yg sometimes gedik-gedik...dia baru je 19 tahun. Bebudak lagi...biasa la tu...

BOB - I Can See Clearly Now (8.5/10)
Dia ni adalah pelajar lelaki yg mempunyai vocal yg paling power berbanding dgn pelajar lelaki yg lain. Dia juga versatile dan juga seorang "Born Entertainer". Showmanship dia amat bagus pada konsert kali ini. Lagu ini mmg sesuai dgn character nya yg ceria dan "mesra". Sememangnya dia ni hebat. Respect! Aku akui, perangai dia ni cam over confident skit & ngada-ngada, tapi itu bukanlah ukuran untuk memenangi pertandingan seperti ini. Vocal power yg penting. Undilah dgn bijak!

ADAM - Keroncong Untuk Ana (7/10)
What can I say about this guy. Lagu keroncong sememangnya tak sesuai dgn jiwa dia. Tapi dia menyanyi dgn agak baik. Kawalan vokal dia kira ok la. Aku lagi suka dia perform lagu Tipah Tertipu minggu lepas. Minggu ni dia cam kureng skit la. Takpe Adam, keep up the good work.

ZARINA - Penantian (7.5/10)
Dia ni pun salah seorang pelajar favourite aku. Tapi dia nyanyi utk konsert kali ni kira ok la. Kira puas hati gak la. Kawalan vokal yg bleh dikatakan baik. Takde la terlalu baik. Tapi tahap yg ok je la. Dia nampak confident tapi dia nyanyi cam ntah la..tatau camne nak cakap. Nampak confident, tapi nyanyi tak confident kot...hehe...

NURUL - Ku Mohon (7/10)
Nurul yg comel dan cute. Muka mengantuk je sepanjang masa. hehehe...Tapi dia menyanyi lagu Sheila Majid ni dgn agak baik semalam. Cuma dia kurang dr segi low tone vocal dia. Tapi ini bukanlah persembahan dia yg terbaik. Ramai yg menangis bila dgr lagu ni. Liriknya yg menyentuh hati kita semua dgn alunan melodi yg agak sedih. Tahniah Nurul. But you're not in my top 5 list.

ZAHID - Where's The Love (9/10)
Aku hanya bleh cakap WOW!!! Gile la dia ni. Respect gilos! Showmanship yg hebat. Rapping yg hebat. Semuanya hebat! Really a great show. Takde ape aku nak cakap dah. Speechless.

LINDA - Panti Asuhan (8.3/10)
Sebenarnya, aku tak berminat dgn suara dia ni. Sengau skit la. Tapi aku still respect dia sbb dia menyanyi dgn amat baik. Penghayatannya mmg bagus sekali sampai buat ramai penonton menangis. Vokal dia pun bagus. Memang sedap dia nyanyi lagu ni. Really a great show, sampaikan penyanyi asal lagu ni, Hetty Koes Endang pun puji.

Semua pelajar AF - MEMORIES (8.5/10)
Perghhh...dapat standing ovation drpd semua pengkritik dan penonton termasuklah para pengajar AF. Memang bagus pun diorang nyanyi. At first, aku tak expect diorang nyanyi bagus camtu. Semuanya mmg best except for MAS & NURUL. Sumbang btol MAS nyanyi lagu ni. Kalau kita dgr at the end of this song, kita akan dgr suara sumbang yg telah merosakkan sedikit lagu tu...yeah, itulah suara MAS! Try la dgr!

Pelajar yg terkeluar - ZARINA
Weiii...this is not fair. Stupid Malaysian voters. Pelajar contoh terkeluar? U must be joking. Sampai bila nak tgk pelajar yg mempunyai vocal power diperintahkan untuk keluar? Sampai bila pelajar yg suara sumbang still maintain dlm AF? Memang ramai tak puas hati. Aku ingatkan MAS or NURUL yg keluar. Tolong la wahai voters, undilah dgn bijak. Jangan undi dgn emosi! Pape hal pun Zarina, don't worry. Ini bukan kekalahan untuk anda. Ini adalah titik permulaan dalam mengecapi kejayaan di masa depan. InsyaAllah.


Kedudukan selepas Konsert
Linda 12%
Zahid 12%
Bob 11%
Farah 11%
Nurul 11%
Kaer 11%
Adam 11%
Mas 11%
Zarina 11%


Kata-kata drpd penulis.
Bagi aku, keseluruhan konsert ini adalah lebih baik drpd minggu yg lepas. Kita semua dapat melihat kesemua pelajar bekerja keras untuk menghasilkan persembahan yg bertenaga dan berkualiti. Sememangnya vocal power yg mereka ada cukup unik dan bertenaga berbanding dgn AF musim pertama. Kalau korang nak tau mengapa AF musim pertama tidak bagus dr segi vokal, ini adalah disebabkan hanya 25 orang sahaja di seluruh Malaysia yg hadir untuk ujibakat AF pada tahun lepas! So, pepaham je la.

Aku actually blur ni. Taktau ape nak cakap lagi dah. Nanti aku kasi lagi "The Inside News" berkenaan dgn AF 1 tahun lepas. Nak tau apa mereka buat setiap hari dan setiap minggu? Tungguuuu...hehe...


Quote of the day...

"Personality can open doors, but only character can keep them open." - Elmer G. Letterman

Posted at 11:33 pm by irwandy
(2) Comments  

Friday, July 16, 2004
Rest In Pieces

Friday, 16th July 2004

Waduh...kebosanan melanda hari ni...tapi at last..aku dpt green light drpd parents aku utk gi Langkawi!...Yeayyy!!!...tapi, accommodation tak confirm lagi..iskkk...lembab la diorang nih nak uruskan...actually, aku nanti gi Langkawi...mungkin aku dok kat Berjaya Langkawi Beach Resort for free...hehe..hopefully la..itupun kalau ada bilik lagi...aku gi sana pun naik flight MAS..free jugak...hahahahh...aku just bawak duit utk belanja kat sana je la...sbb tu aku teringin nak gi nih...I wanna get away from KL for a while...in fact, kalau aku kaya...dah lama aku merantau ke negara lain...tenangkan fikiran...sambil menulis sesuatu sepanjang perjalanan...

Aku mmg teringin nak travel sengsorang ke oversea...tapi tu kemudian la...aku nak settlekan and cukupkan apa yg ada kat tempat aku dulu..baru la fikir travel tu semua...yg nak gi Langkawi ni pun sbb aku dpt chance yg best camni...aku tanak lepaskan peluang...sbb lepas ni aku mungkin bz dgn project final year...pastu grad..pastu keje...huhu...pastu kumpul harta utk dunia dan juga kumpul pahala utk akhirat...:D

Saliva - Rest In Pieces

Look at me, my depth perception must be off again
Cause this hurts deeper than I thought it did
It has not healed with time
It just shot down my spine You look so beautiful tonight
Remind me how you laid us down
And gently smiled before you destroyed my life...

Would you find it in your heart
To make this go away
And let me rest in pieces
Would you find it in your heart?
To make this go away
And let me rest in pieces
Would you find it in your heart?
To make it go away
And let me rest in pieces

Look at me, my depth perception must be off again
You got much closer than I thought you did
I'm in your reach
You held me in your hands

But could you find it in your heart?
To make this go away
And let me rest in pieces
Would you find it in your heart?
To make it go away
And let me rest in pieces...


Quote of the day...

"The greatest discovery of my generation is that a human being can alter his life by altering his attitudes of mind." - William James
 

Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Thursday, July 15, 2004
Apabila Tidak Dihargai...

Thursday, 15th July 2004

Today is just another ordinary day. Bangun tadi pun sebab Khalid call. Dia dah kat Cyber Cafe(CC) tu dah kat Wangsa Maju...ape hal plak mamat ni dah kat CC tu..kata kul 12pm...skang baru kul 11am...dia cakap Ajip punya class cancel plak...lorrr...aku pun bangun..mandi bersiap and gi kat CC tu. Rupanya diorang tgh minum dulu sambil tunggu Talha & Lan...Tak lama pastu diorang pun sampai...kitorang ape lagi, memulakan aksi bermain CounterStrike yg sudah sekian lama tak main. Kali terakhir aku main pun last few years...haha...Skang ni nak sambung main plak...dah rasa gian balik la plak...hishhh..bahaya nih...

Lepas 3 jam dok dalam CC tu...kitorang gi lunch kat Melawati...pastu gi umah Ajip main game lagi...pastu main card lak..tade keje diorang nih...sambil melayan vid clip Malaysian Idol yg bangang-bangang tu..hahahahh...lawak sehhh...Pastu aku pun balik rumah...dengan harapan utk format PC aku yg dah bengong ni...aku pindah-pindahkan files yg penting from C drive to another drive...ishkk..tak cukup space gak...HD aku 100GB...mmg tak cukup...ingat nanti nak tambah dgn 80GB punya...so, akhirnya dah format gak PC nih...PC ni bengong gile...IE asyik error je...menda-menda lain pun byk error...lembab gilos...akhirnya siap gak...huhuhu...

Errmmm...apabila diri kita sudah tidak dihargai...apabila seseorang itu tidak bersyukur dgn apa yg diberi oleh Allah SWT...dihalau pulanya kita seperti insan yg tidak mempunyai hati dan perasaan...dihalau mentah-mentah...macam diri ini hanya mainannya...seperti diri ini sehelai tisu tandas...sudah tu pula kita dikutuk dan dicaci serta dicerita dgn perkara yg bukan-bukan...perkara-perkara negatif yg telah diceritakan oleh seseorang hanya untuk membuatkan dirinya rasa tidak bersalah...ataupun seseorang itu hanya hendak mencari kesalahan kita...untuk membuatkan semua org memandang puncanya daripada kita...sama ada sedar atau tidak, punca segalanya adalah drpd seseorang itu...kita takkan berkelakuan seperti itu jika seseorang itu tidak memulakannya...

Takpelah...mungkin itu semua hendak menguji kesabaran dan ketabahan diri ini...dalam mengecapi sesuatu yg lebih mencabar pada masa depan...ini semua adalah persediaan untuk masa-masa akan datang...semoga aku dapat menjalani hidup ini dgn tabah...Biar apa orang nak kata, asalkan diri kita sendiri tau akan situasi yg sedang dihadapi...aku yakin, jika kita yakin dgn kebenaran kita...InsyaAllah segalanya akan terjawab dan memberi kesedaran nanti...Hanya tunggu masa sahaja...Peace!


Robbie Williams - Angels

I sit and wait
Does an angel contemplate my faith?
And do they know
The places where we go
When we're gray and old?
'Cause I've been told
That salvation lets their wings unfold
So when I'm lying in my bed
Thoughts running through my head
And I feel the love is dead
I'm loving angels instead

And through it all she offers me protection
A lot of love and affection
Whether I'm right or wrong
And down the waterfall
Wherever it may take me
I know that life won't break me
When I come to call
She won't forsake me
I'm loving angels instead

When I'm feeling weak
And my pain walks down a one way street
I look above
And I know I'll always be blessed with love
And as the feeling grows
She breathes flesh to my bones
And when love is dead
I'm loving angels instead

And through it all she offers me protection
A lot of love and affection
Whether I'm right or wrong
And down the waterfall
Wherever it may take me
I know that life won't break me
When I come to call
She won't forsake me
I'm loving angels instead



Quote of the day...

"Character is like a tree and reputation like its shadow. The shadow is what we think of it; the tree is the real thing." - Abraham Lincoln

Posted at 11:33 pm by irwandy
(2) Comments  

Wednesday, July 14, 2004
About my Best Friend...

Wednesday, 14th July 2004

Hari ni aku bangun lambat gile...kul 12.30pm baru bangun...haha...semalam lepak depan pc nak online sampai kul 3am...pastu aku lepak-lepak atas katil sambil baca novel pape yg aku lom habis baca...tetiba ada missed call from Herma...errr, she's my best friend since form 3...so, aku pun call la dia balik...we talked about our life semua...my updates, her updates...heh...dah lama tak borak lama camtu dgn dia...the last time kitorang keluar pun masa bulan March hari tu...itupun sbb co-incidence ajak lepak kat klcc dgn dia berpakaian selekeh and berselipar...wahahaha...punya la malu dia time tu...if u're reading this Herma, saya berjaya kenakan awak!..huahua...

Actually aku kenal Herma ni pun masa skolah dulu...aku kat St. John, dia CBN...kenal thru a friend...dulu-dulu biasa la...kasi biodata sesama sendiri...hahaha...dulu sama-sama naik public bus balik rumah...kebetulan rumah pun dekat...dari situ la kenal...but kitorang start rapat lepas SPM...hang out dgn dia...and another friend of us, Freeda...kitorang punya rapat dulu sampaikan org semua ingat aku couple dgn Herma...hahahahah...lawak...Dulu, masa belum lagi kenal dia sgt, dia je yg buat the first moves...siap bye bye kat aku masa aku turun dr bas...aku pun pk...apehal lak minah nih..hahahahh...dia yg tegur aku dulu selalu...maklum la, aku ni dulu pemalu dgn perempuan...kalau aku bercakap dgn perempuan, aku menggigil...hahahahahh...mana taknye...sekolah aku semua lelaki...:D...

Skang ni dia dok Melaka dgn family dia...baru grad from MMU Melaka...tgh menganggur...dia tgh bosan...tu yg call aku tu kot...eleh Herma, I know la bila awak bosan je baru call saya...hahahahh...:p...but I understand...no hal...huhu...yang dia call aku semalam lak sbb nak ajak aku gi Penang jumpa Freeda...aik..gilo apo...terkejut gak...dia nak getaway from Melaka for a while la tu...but as usual, I'm free...haha...tapi tadi dia ckp tak jadi plak...hampeh btol...org tgh bersemangat nak temankan dia gi Penang...pastu tak jadi laks...dishhh!...Well, I hope someday kita gi holiday sekali eh Herma?...ajak ramai-ramai...huhu...

Well, it's been nearly 9 years kitorang berkawan. Never putus ke apa ke. Kecik hati tu biasa la kan sesama kawan, tapi kitorang tak penah pun gaduh...haha...coz she's a really nice girl...caring...talkative like hell...hahahah...which is good becoz aku ni bukannya ckp byk...kalau jumpa dia pun, dia je yg cakap...hahahahh...tapi kalau dia senyap tu, mmg la ade something yg tak kena...huhu...dia ni sorang je la best friend perempuan and seorang sahabat perempuan yg paling lama aku kenal. Parents dia pun aku kenal and kenal aku...semuanya baik...boyfriend dia pun paham dgn perangai dia kalau dia jumpa aku...huhu...Well, I do really hope that kita berkawan sampai bebila. Oi!...dtg le KL...saya bosan!...


Song of the day...

M. Nasir - Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk ku abadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilham ku
Cahaya di mata mu
Senyum di bibir mu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua
Dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat
Terbiar di depan ku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan jauh
Dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hati ku
Mungkinkah kau sahut jeritan batin ku

Dengarkan lah panggilan ku
Dengarkah lah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yg membara
Kepadanya

Warna-warna cinta ku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suci ku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tangan ku
Lalu kau...
Terima....



Quote of the day...

"We secure our friends not by accepting favors but by doing them." - Thucydides

Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Next Page]