Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< August 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Friday, August 20, 2004
Paham tak?

Friday, 20th August 2004

Kadang-kadang aku tak paham. Tak paham apa yang nak dipahamkan. Begitu juga kepahaman korang yang aku tak paham. Susah hendak memahamkan menda yg susah dipahamkan. Paham ke tidak itu lah pemahamannya. Bila kita dipahamkan tapi tak paham apa yg hendak dipahamkan susah gak nak paham. Sebab tu asyik tak paham bila nak memahamkan sesuatu yg perlu dipahamkan. Aku pun mmg tak paham terhadap apa yg aku nak pahamkan ni. Korang paham tak?

Tadi Fariq call, ada hi-tea la plak kat Palace of the Golden Horses hari Ahad ni. Sempena kakak dia kawin, kakak dia nak buat last reception utk kengkawan termasuk aku. Pakaian formal. Waduhhh...nak pakai ape ni?...Pegi hi-tea pun formal ke?...ishk ishk...Aku tatau nak pakai baju apa. Just pakai apa yg ade je la. Jangan diorang suh aku pakai satu suit udah...ahahaha...takde keje nak pakai suit utk hi-tea.

Skang ni aku bz gile. Tengah nak menyiapkan project & assignments. Satu project ni kena hantar by this Tuesday but almost done tapi still blur sebab aku tatau whether aku buat ni betul ke tidak...hehe...selamba la..asalkan dah ikut guidelines dah ok dah. hmmm...tolong la jgn jadi malasss...aku nak graduate by this October...aku dah tanak tangguh2 lagi...aku nak keje plak...pastu sambung Masters...kalau aku rajin la...hahahahah...Amin...

Esok lak ada futsal...camne eh..nak gi ke tanak?...Banyak keje nak kena buat ni..hmm...we'll see how...nak gak bersukan...kasut jogging pun aku tak beli lagi...nak kena start jogging balik ni...aku stop jogging sebab doktor tak kasi(ade la sebabnya..jgn tanya). Dia suh aku berjalan je. Aiyyoo..berjalan boring la...eheh...yg aku heran, masa main futsal...aku berlari tak ingat...ok je plak...bleh tahan main futsal sejam lebih non-stop...tu yg herannya...

Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Thursday, August 19, 2004
Missed Call...

Thursday, 19th August 2004

Pernah tak korang mendapat missed call ?...Mesti la penah kan...aku tak kisah la kalau mereka-mereka yg main-main missed call ni tujuan utk melepaskan rindu ke...sesaje je...ape ke...tapi yg paling aku menyampah and tak suka bila seseorang tu buat missed call, nak mintak kita call balik...kalau credit dia tinggal beberapa sen tu aku paham la...tapi ni yg credit byk lagi...pastu org yg dah bekerja lak tuh...buat missed call nak mintak aku call balik...especially dgn orang yg tujuannya nak menyampaikan sesuatu hal daripada pihaknya...dia plak mintak kita call...ape hal plak kan...

Takkan la 30sen...40sen...nak buat call pun nak berkira...bukannya diorang je bayar bill/credit...aku pun bayar gak...tak ke menda tu macam mementingkan diri sendiri?...Konon nak save credit dia, pastu nak buat kita call dia plak...credit kita yg habis...dia plak, credit byk lagi...macam org bodoh plak kita kan?...Sebab tu la kalau certain ppl yg buat missed call kat aku...kekadang aku malas nak call balik...ade yg dah kerja...gaji tinggi...dressing bukan main smart...handphone mahal...tapi main missed call nak jimat credit...hampeh gile kan?...Ade gak member2 aku yg handphone mahal..dah keje...lepak tempat2 happening...dressing smart tak ingat punya...tapi selalu mintak aku suh call..dgn alasan takde credit la...itu ini...aku ni dah la student lagi...takkan la pasal nak call pun berkira?...selfish gile la camtu...Kalau nak ckp sesuatu pun and tanak call, just sms je la...kan senang...ni sms pun tanak...expect kita call plak...hampeh btol...

Aku cakap pasal hal ni pun sesaje je...menda ni bukan berlaku hari ni ke, semalam ke..ape ke..malah dari dulu camni!!!...Lagipun aku selalu dpt missed call camtu...sorry la kalau ade sesapa yg terasa...tapi tujuan aku tulis camni sbb nak ingatkan supaya jangan la mementingkan diri sendiri sampai menyusahkan orang lain...takpun at least, give and take...sesekali tu takpe la...kalau dah selalu sgt buat camtu sampai pijak kepala orang...sape tak tension kan?...;)...Aku tak penah nak missed call org suh dia call aku balik...tak penah langsung...but utk kengkawan aku yg susah tu, aku paham la...at least aku tau keadaan diorang...jgn lak yg dah keje..byk duit...bleh buat missed call lagi!...Hairan!!...:D...Jangan marah aaarr...

P/S : Ni bukan ditujukan utk satu individu je...ni utk sesiapa la...sape yg makan cili, dia yg terasa pedas...hehe...:p

Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Wednesday, August 18, 2004
Bulan Kemerdekaan...Sesekali aku teringat...

Wednesday, 18th August 2004

Merdeka? Apa itu merdeka? Adakah ianya hanya ketika bila kita jerit, "MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!"..?...Merdeka kah kita? Anda tahu apa maksud Merdeka itu?...Adakah anda dapat menghayati apa erti kemerdekaan terhadap negara kita?...

Aku masih ingat pada 2 tahun yg lepas, aku merupakan salah seorang pelakon teater "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" arahan Dato' Jins Shamsudin yg telah dipentaskan di Istana Budaya. Teater ini telah berlangsung selama 21 hari dan salah satu hari daripada pementasan itu telah bertempat di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos 2002.

Selama sebulan aku berlatih untuk berlakon sambil menghayati setiap skrip dan menghayati jalan ceritanya supaya aku dapat membawa watak yang diberi dengan penuh penghayatan. Setiap pelakon mempunyai watak masing-masing. Kami semua diberi semangat anak merdeka. Kami juga sempat membaca sejarah yg berlaku semasa hendak mendapat kemerdekaan. Kami begitu tekun menghayati setiap babak yg hendak dipentaskan.

Dimulakan dengan kedatangan dan penjajahan Jepun, kemudian British mengambil alih semula dan pengacauan oleh pihak komunis berlaku. Kemudian, Dato' Onn Bin Jaafar(dilakonkan oleh ManBai) telah menubuhkan UMNO. Apabila beliau tidak mendapat sokongan yg padu daripada rakyat, Tunku Abdul Rahman(dilakonkan oleh Jalaludin Hassan) telah mengambil alih sebagai Presiden UMNO di samping Tun Dr. Ismail(dilakonkan oleh Hani Mohsin). Sebelum menuntut kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan satu mesyuarat bersama-sama dengan Presiden MIC, Tun Sambanthan & Presiden MCA, Tun Tan Cheng Lock, untuk bergabung tenaga membentuk satu negara yg merdeka di bawah pimpinan UMNO. Setelah segala hak-hak kaum masing-masing dipersetujui, mereka bersetuju dan meneruskan usaha mereka untuk mendapat kemerdekaan.

Pada babak akhir lakonan teater ini, ia menunjukkan keadaan di Padang Bandar Hilir pada 20 Februari 1956, sewaktu seluruh rakyat di situ menunggu ketibaan Tunku Abdul Rahman serta delegasi beliau tiba dari London. Dengan membawa perkhabaran yg gembira, Tunku Abdul Rahman telah membuat ucapan di situ sambil menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan negara baru.

Sewaktu babak akhir tersebut dan sewaktu Tunku Abdul Rahman memberikan ucapan, kebanyakan daripada kami menitiskan air mata dalam kegembiraan termasuk aku. Jalaludin Hassan telah melakonkan wataknya sebagai Tunku Abdul Rahman dengan sangat baik sehingga ucapan-ucapan yg beliau lakonkan berjaya menusuk hati kami semua dalam mengecapi erti kemerdekaan. Semua penonton yg hadir juga menitiskan air mata mereka sambil memberi "standing ovation" setelah babak tersebut berakhir. Dan akhirnya, pada tanggal 31 Ogos 1957, sebuah negara merdeka ditubuhkan dan bendera jalur gemilang berkibar megah.

Sudahkah anda benar-benar menghayati apa erti kemerdekaan yg sebenar? Nanti aku tulis tentang sejarahnya pula...;)...


Posted at 11:33 pm by irwandy
(10) Comments  

Tuesday, August 17, 2004
Some Facts About Me...(I think so..)

Tuesday, 17th August 2004


1. What is it about you that people don't really
notice?
- I'm not as good as they think...hehe

2. What do people commonly mistake you for?
- I'm a good guy...hahahahh...

3. Are you insecure?
- I dunno...ask my friends...

4. Do you think you're attractive?
- No I don't...

5. Do you find it easy to trust people?
- Nope...

6. Do you have a really big secret?
- Yup...and still keep it to myself as promised...;)

7. If yes, how many people have you told about
- Just one, to myself!!!

8. How do you get mad?
- Depends on the situation and time...

9. What do you do when you're bored?
- Chatting, playing the guitar, singing...

10. Do you enjoy doing nothing?
- Sometimes yes, sometimes no...I'm crazy by the way..hehe

11. Are you comfortable being alone?
- Hell yeah...

12. Do you think watching the sunset or the stars is fun?
- Watching alone, hati tenang...watching with "someone", romantic & fun!!!

13. Do you like the rain?
- Not when I'm riding my scooter...

14. What can you say about poetry?
- It's a masterpiece from our mind...

15. Are you a phone person?
- Not so...

16. Do you find it easy to express how you feel?
- Nope...it's not easy for me...but usually I will tell directly...

17. What song best describes how you feel right now?
- Semusim by Marcell

18. What impossible thing do you want to do right now?
- Going to UK for few years to make myself comfortable...

19. What is missing in your life right this moment?
- "Someone"...and everything...

20. Do you like the person who posted this?
- Hell yeah...she's a good friend of mine...

Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Monday, August 16, 2004
Ape yg jadi dgn aku ni?

Monday, 16th August 2004

Aku tak mengerti apa yg sebenarnya terbuku di hati. Aku taktau apa yg aku nak. Aku taktau kenapa aku perlu buat macam ni. Aku taktau apa yg aku nak carik. Aku taktau apa yg aku inginkan. Aku semakin malas. Semakin bingung terhadap apa yg aku hajati. Dulu, aku punyai sasaran-sasaran yg tertentu dalam mengecapi sesuatu yg aku inginkan. Tapi, skang ni aku tak nampak apa yg hendak disasarkan. Mostly berlaku secara ad-hoc. Aku ni jenis yg suka plan dan set target kalau hendak memulakan sesuatu. Usually, apa yg aku plan akan aku realisasikan dalam apa cara jua sekalipun. Tapi kali ni macam ntah le. Aku sendiri taktau apa yg aku tgh lakukan skang ni.

Terlalu banyak perkara yg tidak baik berlaku pada tahun ni. Aku rasa, tahun ni adalah tahun yg paling malang untuk aku. Ianya bukan sahaja menimpa aku, tetapi menimpa keluargaku sekali. Disebabkan aku, keluarga aku pun terlibat sama. Disebabkan cinta, aku jadi camni. Disebabkan cinta, aku jatuh gedebuk. Disebabkan pengorbanan yg aku taktau whether it's worth it or not, aku jadi hancur. Dan aku slowly develop sikit demi sikit. Aku bangkit daripada kejatuhan aku. Dan skang ni aku menjadi semakin bingung. Mungkin aku terlalu berhati-hati setelah apa yg aku alami dulu. Aku pun sendiri bingung nak tulis entry kali nih. Aku just cakap ikut hati aku dan minda aku yg dah lama terbuku.

Aku just rasa tak sedap hati bila aku terpaksa menjadi seorang yg bukan diri aku sendiri. Aku tak suka pretending. Tak kisah la pretending dr segi pape. Aku just nak jadi diri aku sendiri. Sometimes, aku terpaksa menipu utk menjaga hati org lain. Aku terpaksa menipu utk membuat kebaikan. Aku tak suka tu semua. Aku harap, biarlah menda ni berhenti.

Di sebalik kisah itu semua, aku bersyukur sebab dapat mencari diri aku yg sebenar jugak. Aku dapat mencari diri aku yg lebih matang dan lerbih berpandangan terbuka. Aku juga dapat menilai erti kehidupan daripada sudut-sudut yg berbeza. Dan aku rasa, inilah yang si Dia nak. Dia ingin aku menjadi orang sebegini supaya dapat bersama dengannya. Aku taktau, tapi aku hanya perlukan satu peluang utk memperbetulkan semula keadaan yang tidak sepatutnya berlaku. Aku hanya perlukan satu peluang utk kembalikan Dia kepadaku. Itulah hajat aku sebelum segala-galanya terlambat. Aku taknak dia menyesal apabila sesuatu yg buruk berlaku nanti. Aku taknak Dia menangis meratapi aku suatu hari nanti. Aku pernah membuat dia kembali mengecapi kebahagiaan hidup dan tidak mustahil aku juga boleh membuatkan dia bahagia bersama aku. InsyaAllah...

Jet - Hold On

You tried so hard to be someone
That forgot who you are
You tried to fill some emptiness
Till all you had spilled over

Now everythingís so far away
That you donít know where you are
You are

When all that you wanted
When all that you had donít seem so much
For you to hold onto
For you to hold onto
For you to belong to

When itís hard to be yourself
Itís not to be someone else
Still everythingís so far away
That you forget where you are
You are

When all that you wanted
When all that you had donít seem so much
For you to hold onto
For you to hold onto

Hold on Hold on Hold on Hold on
Hold on Hold on Hold on Hold on

When all that you wanted
When all that you had donít seem so much
For you to hold onto
For you to hold onto
For you to hold onto
For you to belong to

 


Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Next Page]