Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< August 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Monday, August 23, 2004
Semakin hari semakin bingung

Monday, 23rd August 2004

Lately ni, aku rasa aku ni makin bingung. Makin taktau hala tuju aku. Macam orang yg takde pendirian tetap. Semakin blur dengan keadaan yg menimpa. Semua menda yg aku nak buat macam takde kesungguhan lagi. Aku memang rasakan yg aku telah kehilangan sesuatu yg amat besar dalam sejarah hidup aku. Diri aku sendiri yg dulu telah hilang...all the good things about me dah lenyap begitu sahaja. Mungkin telah dibawa pergi oleh dia? Mungkin juga, sebab semua ini terjadi selepas aku berjumpa dgn dia.

Dulu, aku selalu yakin terhadap apa yg aku buat dan mostly berjaya. Jika nak buat sesuatu tu, aku akan cuba sampai dapat. Dulu, aku selalu sangat tolong orang sbb memang aku suka tolong pun. Skang ni, aku macam tak berdaya nak menolong orang lagi. Dulu, pemikiran aku tajam...itu yg ayah aku ckp la...jenis cepat tangkap...skang ni, makin lembab. Tah ape jadi tah aku pun taktau. Dulu, aku suka keluar...merayap...lepak dgn member2...skang ni aku dok rumah je sepanjang masa...menanti hari-hari berlalu pergi...seolah-olah aku tgh tunggu bulan jatuh ke riba...sometimes aku termenung memikirkan masa depan...terkenang kembali kenangan2 lepas...dan macam2 lagi...

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa la aku tak pegi je UK tahun lepas?...Kenapa la aku tak stay kat Melbourne tahun 2002 dulu? Kenapa la aku quit MMU?...Kenapa la aku masuk kolej APIIT?...Setiap hari aku fikirkan tentang tu semua...kenapa aku ditakdirkan sebegitu rupa...rupanya semua perkara itu menghala kepada 2 tujuan...firstly, family aku...kalau aku pegi jugak UK tahun lepas, mungkin aku akan menyusahkan family aku...ataupun aku akan quit setengah jalan...secondly, si dia...kalau aku gi UK tahun lepas...kalau aku stay kat Melbourne...kalau aku tak quit MMU, tak mungkin aku akan jumpa si dia...tak mungkin dia berada di mana dia berdiri sekarang...mungkin dia still struggle nak hidup tanpa sesiapa di sisi...

Ntah la...aku rasa terlalu banyak aku korbankan masa aku utk kesenangan org lain...ape yg aku fikir aku pun taktau...tapi aku tetap bersyukur dengan segala apa yg berlaku ini...walaupun ada perkara yg amat buruk, tetapi ade juga baiknya...walaupun lembu punya susu, sapi dapat nama...aku pasrah dan redha dgn apa yg jadi...biarlah kacang lupakan kulit...biarlah habis madu sepah dibuang...hopefully semua ni lead to something yang boleh membuatkan aku berjaya dalam hidup dan mendapat kesenangan & kebahagiaan di dunia dan di Akhirat. Amin...

Posted at 11:33 pm by irwandy
(7) Comments  

Sunday, August 22, 2004
Hi-Tea...

Sunday, 22nd August 2004

Tadi pegi Hi-Tea kat Palace of The Golden Horses Hotel kat Mines...ade Fariq punya sister punya last reception wedding ceremony for her friends...so, Fariq jemput our clique...9 of us pegi sekali...well, first time aku gi hotel tu...quite nice...6 stars la katakan...sebelum majlis tu start around 4pm, rupanya ada Siti Nurhaliza Fantasia Tour Press Conference kat one of the conference hall kat situ...sekali dgn bebudak AF1 & AF2...tapi diorang dah kat dlm conference hall dah...tak sempat nak tgk diorang...aku dgn bebudak lain pun tunggu je la depan conference tu...ingatkan nak keluar, tapi dah tunggu 10 minit...malas la..hahaha...kitorang pun blah gi tempat ceremony kitorang tu...

Pastu terserempak dgn OAG plak...kecik-kecik je rupanya diorang ni....hahahahahah...bleh la buli...:p...then, the ceremony berlangsung...the food was nice...the activities tak berapa sgt la...kitorang just sit and eat...hahah...sambil snapping some pictures...lepak-lepak..borak-borak...kul 5.30pm habis...then, kedua-dua mempelai naik helikopter pegi Pulau Pangkor right after majlis tu tamat...for their honeymoon holidays!...hehe...6pm kitorang blah...

Kalau korang nak tau, that was their 7th and the last wedding reception ceremony since 27th June!...hahaha...I guess almost everyweek diorang buat ceremony camtu...pihak pompuan buat 2 kali...pihak lelaki buat 4 kali...and buat sesama sekali...utk kawan la..family la...kerabat2 la...fuhhh...gile sehhh...maklum la that guy anak somebody...huhu...but it's cool though for those yg ada byk duit la...

Family members, relatives aku dah la ramai...but I guess my friends lagi ramai..hahaha...taktau la nak buat ceremony berapa kali & kat mana...tgk la pada kemampuan aku nanti...huhu...aaahhh, aku taknak fikir semua tu...just bila dah sampai masa, ada la nanti...hahahahah...kita enjoy duluuu...aku tak gersang nak kawin...aku gersang nak carik duit!... ;)

Posted at 11:33 pm by irwandy
(3) Comments  

Saturday, August 21, 2004
Ku Cinta Padamu...

Saturday, 21st August 2004

Dikau hilang tiba-tiba,
Dari sisi meninggalkan diri,
Hati ini retak seribu bagai kaca,
Berderailah sampai masa...

Ku ilham lagu ini,
Untukmu oh sayang,
Hadirlah kembali seperti dulu,
Menyayangi diriku,
Walaupun kau jauh,
Akan ku tunggu...

Sayang,
Manakan ku cari penggantimu,
Tiada duanya,
Hanya kau bertakhta di jiwa selamanya,
Pulanglah,
Ku cinta padamu...

Ku ilham lagu ini,
Untukmu oh sayang,
Hadirlah kembali seperti dulu,
Menyayangi diriku,
Walaupun kau jauh,
Akan ku tunggu...

Kau,
Bermakna dan hidup ini bersama,
Tuhan menentukan takdir kita,
Aku pasrah...


Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Friday, August 20, 2004
Paham tak?

Friday, 20th August 2004

Kadang-kadang aku tak paham. Tak paham apa yang nak dipahamkan. Begitu juga kepahaman korang yang aku tak paham. Susah hendak memahamkan menda yg susah dipahamkan. Paham ke tidak itu lah pemahamannya. Bila kita dipahamkan tapi tak paham apa yg hendak dipahamkan susah gak nak paham. Sebab tu asyik tak paham bila nak memahamkan sesuatu yg perlu dipahamkan. Aku pun mmg tak paham terhadap apa yg aku nak pahamkan ni. Korang paham tak?

Tadi Fariq call, ada hi-tea la plak kat Palace of the Golden Horses hari Ahad ni. Sempena kakak dia kawin, kakak dia nak buat last reception utk kengkawan termasuk aku. Pakaian formal. Waduhhh...nak pakai ape ni?...Pegi hi-tea pun formal ke?...ishk ishk...Aku tatau nak pakai baju apa. Just pakai apa yg ade je la. Jangan diorang suh aku pakai satu suit udah...ahahaha...takde keje nak pakai suit utk hi-tea.

Skang ni aku bz gile. Tengah nak menyiapkan project & assignments. Satu project ni kena hantar by this Tuesday but almost done tapi still blur sebab aku tatau whether aku buat ni betul ke tidak...hehe...selamba la..asalkan dah ikut guidelines dah ok dah. hmmm...tolong la jgn jadi malasss...aku nak graduate by this October...aku dah tanak tangguh2 lagi...aku nak keje plak...pastu sambung Masters...kalau aku rajin la...hahahahah...Amin...

Esok lak ada futsal...camne eh..nak gi ke tanak?...Banyak keje nak kena buat ni..hmm...we'll see how...nak gak bersukan...kasut jogging pun aku tak beli lagi...nak kena start jogging balik ni...aku stop jogging sebab doktor tak kasi(ade la sebabnya..jgn tanya). Dia suh aku berjalan je. Aiyyoo..berjalan boring la...eheh...yg aku heran, masa main futsal...aku berlari tak ingat...ok je plak...bleh tahan main futsal sejam lebih non-stop...tu yg herannya...

Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Thursday, August 19, 2004
Missed Call...

Thursday, 19th August 2004

Pernah tak korang mendapat missed call ?...Mesti la penah kan...aku tak kisah la kalau mereka-mereka yg main-main missed call ni tujuan utk melepaskan rindu ke...sesaje je...ape ke...tapi yg paling aku menyampah and tak suka bila seseorang tu buat missed call, nak mintak kita call balik...kalau credit dia tinggal beberapa sen tu aku paham la...tapi ni yg credit byk lagi...pastu org yg dah bekerja lak tuh...buat missed call nak mintak aku call balik...especially dgn orang yg tujuannya nak menyampaikan sesuatu hal daripada pihaknya...dia plak mintak kita call...ape hal plak kan...

Takkan la 30sen...40sen...nak buat call pun nak berkira...bukannya diorang je bayar bill/credit...aku pun bayar gak...tak ke menda tu macam mementingkan diri sendiri?...Konon nak save credit dia, pastu nak buat kita call dia plak...credit kita yg habis...dia plak, credit byk lagi...macam org bodoh plak kita kan?...Sebab tu la kalau certain ppl yg buat missed call kat aku...kekadang aku malas nak call balik...ade yg dah kerja...gaji tinggi...dressing bukan main smart...handphone mahal...tapi main missed call nak jimat credit...hampeh gile kan?...Ade gak member2 aku yg handphone mahal..dah keje...lepak tempat2 happening...dressing smart tak ingat punya...tapi selalu mintak aku suh call..dgn alasan takde credit la...itu ini...aku ni dah la student lagi...takkan la pasal nak call pun berkira?...selfish gile la camtu...Kalau nak ckp sesuatu pun and tanak call, just sms je la...kan senang...ni sms pun tanak...expect kita call plak...hampeh btol...

Aku cakap pasal hal ni pun sesaje je...menda ni bukan berlaku hari ni ke, semalam ke..ape ke..malah dari dulu camni!!!...Lagipun aku selalu dpt missed call camtu...sorry la kalau ade sesapa yg terasa...tapi tujuan aku tulis camni sbb nak ingatkan supaya jangan la mementingkan diri sendiri sampai menyusahkan orang lain...takpun at least, give and take...sesekali tu takpe la...kalau dah selalu sgt buat camtu sampai pijak kepala orang...sape tak tension kan?...;)...Aku tak penah nak missed call org suh dia call aku balik...tak penah langsung...but utk kengkawan aku yg susah tu, aku paham la...at least aku tau keadaan diorang...jgn lak yg dah keje..byk duit...bleh buat missed call lagi!...Hairan!!...:D...Jangan marah aaarr...

P/S : Ni bukan ditujukan utk satu individu je...ni utk sesiapa la...sape yg makan cili, dia yg terasa pedas...hehe...:p

Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Next Page]